Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 20, 2011

anniversary gifts

Alhamdulillah, sudah setahun bernikah. Berdoa, semoga hingga ke akhirnya sentiasa berbahagia dan ceria dgn kehidupan pinjaman Allah swt ini. Hadiah anniversary? :) Syukur dgn kurnian illahi..

Friday, October 21, 2011

tengok aje

Ni ape kes lama tak menulis ni??? Adoiyaii...saya sgt tidak rajin lately.
Tapi tak la sampai tahap nk tutup blog....sayang wooooo :)
Rajin bukak blog, tapi duk baca hasil nukilan org lain...haha..haru!

Soon...saya akan kembali !


Friday, September 30, 2011

hobi baru saya

winter sonata versi komic..suke! suke! suke! :)




Tuesday, September 20, 2011

study week + final exam

Salam,
Lepas je cuti raya, satu minggu kuliah dan terus mula study week, then final exam.
Hohoho. Sedikit sebok, ngejor nak siap kan ape yg patut sblm depa exam.
Marking bla, bla, bla, etc..
Busy-busy-busy....

p/s: Eleh! Org lain pun ngajor jugak, ada je masa update blog, aku ni je haa yg x pandai manage masa, hahahaha....

Monday, September 5, 2011

syawal 1432H




Salam to all.
Salam lebaran kepada semua bloggers.
Sedar tak sedar, cuti raya pun dah habis. Hubby pun dh blk KL tadi.
Back to normal routine..huhu..hihi..hehe..

Overall, raya OK-OK saja. Syukur.
Aku kagum dgn diri sendiri kerana hati kering la konon, kerana tidak menangis di hari raya atau malam raya kerana [terpaksa-rela] beraya di rumah mertua.haha. 1st time tuuu
(mmg la tak nangis sbb nya, sebelum blk ke Melaka tu, aku sudah nangis bagai nk gila..hahaha)
Ahad lagi kami berdua, dah pun gerak blk ke Jasin, Melaka. Tapi sebelum tu kami, singgah ziarah kubur arwah mak aku di Tapah Road.

Isnin tu mood preparation laa.. ketupat anyam..seyes weih, aku x tau dan tak minat nk belajar anyam..ketupat mulut aku teraa laa..hahahaha... Abg ipar aku dan adik2 ipar aku (semua lelaki hokay!), seyees juara menganyam tu...aku? tukang isi beras aje laa..sebut je, ketupat bawang, ketupat satay, ketupat jantung, semua depa tau..siap anyam..sambil mata tgk bola kt tv...haru2...
Selasa tu, beraya sekitar rumah mertua, ziarah kubur dan etc. Rabu pulak rombongan cik kiah, eh silap, nama MIL aku Gayah, hihi, rombongan cik Gayah ke Tongkang Pecahm rumah adik2 dia, kami join aje.. Khamis tu, aku follow hubby g rumah kawan dia pulak beraya, then jumaat baru kami balik Perak semula..

Alhamdulillah.

Back to work..next two weeks dah nk mula final exam, end of semester dah..


Friday, August 26, 2011

Undian sudah dibuat

Salam to all,
Kenapa saya gementar nak beraya rumah mertua?
Pengalaman pertama agak nya..
Jujur..saya hingga tiada semangat nak raya tahun ini...
Kenapa asik x berapa semangat nk raya ni???!!!

Kronologi:
2008 - sudah berenti kerja, tiada gaji, full-time student Master
2009 - tak semangat juga, sbb masih berstatus student Master
2010 - debaran nak jd pengantin, so berjimat tahap dewa
2011 - gementar Raya 1st di rumah mertua

Mcm2 perasaan ada...adoi laaa.

Optimis...!! =)




Sunday, August 14, 2011

sahur McD

Salam Ramadhan 1432H to all.
Saya sudah kembali berpuasa. :) yeay!! (err...itu pun nk cerita kt blog ke?? hhahaah)
Ni gambar bersahur di McDonald. SUke3x. Escape memasak utk sahur.
Hihi, klw hubby ada blk Penang je pun, aku masak. Klw tgl aku sorang2, jwb nya sahur dgn hot milk sambil layan Astro Citra 131. Hihi :) Tak rajinn. Xde driving force la konon nk ke dapur..keh3x.

Jom nak share.. :)

Hmm...cerita pasal bulan yg penuh dgn keberkatan ni..
Rasulullah saw membahagikan Ramadhan itu kepada tiga fasa. Fasa pertama adalah rahmat, fasa kedua pula keampunan dan fasa terakhir adalah perlepasan dari api neraka. Secara mudahnya 10 hari pertama adalah untuk rahmat, 10 hari kedua untuk keampunan dan 10 hari ketiga adalah jaminan pelepasan dari api neraka.

Hari ni dah hari ke berapa???

Tiga fasa yang disebutkan tadi, walaupun mudah dan senang saja bunyinya, namun untuk melepasinya dengan cemerlang, agak sukar kecuali bagi orang yang punya keazaman yang kuat dan istiqamah yang tinggi. Untuk itu, meh le sama2 kita mintak bantuan dari Allah swt, kerana tanpa bantuan dariNya, mustahil untuk kita mencapai target kejayaan Ramadhan kali ini. Aminn!

Aku ada dgr kt TV, caller tanye Ustaz, apa yg dimaksud kan dgn menghidupkan malam2 di bulan Ramadhan, adakah HANYA dgn bagun bersolat di sepertiga malam sahaja..
(al-maklum aje lah, klw udah kepenatan di siang hari bekerja, weekdays, so x berapa gagah jugak lah nk bgn pukul 3pagi tu..huhu)
Ustaz tu bg jwpn, tak semestinya... dgn bersolat tarawikh juga; kerana solat tarawih termasuk qiyamul lail atau solat malam. Akan tetapi, solat tarawih dikhususkan di bulan Ramadhan. Jadi, solat tarawih adalah solat malam yang dilakukan di bulan Ramadhan.

Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik bagi kita semua.
Insya-Allah.Wallahua'lam.




Thursday, August 4, 2011

ABC


Kebaikan bersangka Baik kepada Allah swt;
1. Keimanan dan keyakinan kepada Allah swt semakin kuat dan tinggi.
2. Hidup seseorang sentiasa berada dalam lingkungan tawakkal kepada Allah swt.
3. Hati sentiasa tenang kerana merasa apa yang berlaku ke atas diri adalah ketentuan Allah swt dan mengandungi hikmah serta kebaikan tersendiri.
4. Tidak mudah putus asa apabila menghadapi sesuatu kegagalan.
5. Mendapat keredhaan Allah swt.
6. Terhindari dari sifat-sifat mazmumah seperti pemarah, sombong dan putus asa, menyalahkan orang lain dan lain-lain.

Sudah hari Khamis hari ni...esok Jumaat (yeay! Suami blk Penang).
Tapi overall...x produktif langsung la..nak g keja pun malas...Isnin selasa aku cuti, semalam Rabu kelas pack giler and today aku sudah ABC (Allah Bagi Cuti)...huhu..moody semacam je...

Tolong!!! Aku mahu ceria............

Tuesday, August 2, 2011

1 Ramadhan 1432H

Apsal muka aku 'penuh'..huhuuu


Teman Adik amik lesen L dia..aku dulu pun amik lesen/test kt sini


Salam to all.
Maaf lah, br nk update. Ini kesah semalam dan seminggu yang lepas :)

Mata kanan aku asik merah2..sejak dua minggu lepas lg, cuma hari Rabu lepas plg kritikal kemarahan nya. Jumpa optometrist, dia suh aku stop kejap pakai contact lensa..adoiyyaaaiii.. kena buat spec baru la pulak..sbb spec yg pakai di rumah ni, udah senget benget bagai..
And sekarang, kembali bercermin mata full-time =)
Br je berangan nk pakai contact lense yg 'mata besar'...glamor giteww...huhuhu

Aku tgh layan baca buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, by Muhd Kamil Ibrahim. Pada org lain mungkin buku ini dah 'basi'..hahahaa...sebab buku kat aku ini udah cetakan yang ke-7 woo.. Tapi aku tak kesah lah, sbb aku nak adsorb isi, info dan pengajaran dr buku tersebut. Best! Sgt! Pada aku, isu utama aku nak amik pengajaran dr buku tu ialah, betapa ALLAH MAHA MENDENGAR...apa sahaj rintihan hambaNYA yg penuh penghayatan, sedu-sedan...berdoa lah sepenuh hati, insyaALLAH akan dimakbulkan..(dlm pada masa yg sama mencari kekuatan lebih gigih menyimpan Tabung Haji)

Seyes...mengalir air mata membaca buku ini...tersentuh..

Aku blk berpuasa di Taiping utk 1st day of Ramadhan. Suami? Masih kerja di KL. Jumpa hari minggu ini, insyaALLAH.

Masih berdoa dan mengharap cepat lah Fasa PJJ ni berakhir...huhuuu..

Doa..doa..doa.. :)


Saturday, July 23, 2011

today is my BIRTHDAY-29

salam to all. Terima kaseh kepada yg ingat (baguih FB ni ada reminder..hihi).
Takde special event pun. Hanya keluar mkn lunch dgn suami. Di "resipi rahsia" area seberang jaya. Sgt bersyukur kepada ALLAH swt..masih diberi nyawa dan nikmat2 yg melimpah ruah yg tidak terhitung. (ops! ayat ku dramatis la pulakss).

Ini tahun pertama celebrate as isteri kepada encik Yunus. Terima kasih ALLah. Itu juga nikmatNYA. Last year aku sambut dgn famili je, sbb kami masih belum nikah lagi. Cuma, masa weekend birthday tu famili (bakal) suami dtg rumah hntr belanja kahwin. Bg kad besday tulis jawi lagi..hihi.

Byk perkara yg aku dh lalui dr transition umur 28 ke 29thn ni. Ups and downs. Antaranya, syukur; konvo master, DM45 di UiTM Pulau Pinang, nikah, resepsi Taiping dan Melaka, honeymoon di Langkawi island, sewa rumah blkg campus, disahkan hamil, huhuhu...then keguguran pulak (7++ weeks)...2nd honeymoon ke Tioman island, suami tukar kerja ke Kolumpo (happy for him, because his carrier grow-up)...etc...tak tersenarai aku rasa...event yg kecik2.. Alhamdulillah.

Aku masih lagi PJJ dgn suami. Sampai bila? Aku pun tak tahu... Kata suami, dia masih x nmpk peluang kerjaya nya utk berkembang di pear island ini, sbb dia sgt tidak prefer utk 'masuk kilang' semula...huhu...sbb dia pernah jd production engineer tu, awal2 carrier nya dulu, sblm current job ni. (tak kan aku nak penting kan diri sendiri..huhu) Secara jujur, Aku sayang sgt dgn kehidupan aku di Pulau Pinang ni, nak blk Taiping dekat, opismate sempoi, rumah belakang campus, etc lah..tapi klw dgn izinNYA, aku relocate ke main campus Shah Alam, aku redha. Berbaik sangka lah dgn takdirNYA... :)

Betul ke 'tempat isteri di sisi suami' nya?????? hmmm....



Sunday, July 17, 2011

setengah


Student diploma sudah mula bercuti, mid-semester break. Suami aku nk blk ke KL semula, Ahad petang pun, xde pilihan bas sgt. Tiket ke KL hanya ada cap2 bas tertentu sahaja.
Last week setel kan vetting soalan final exam, hehe, merasa jugak lah aku buat soalan final exam diploma bagi paper Hydrocarbon Chemistry yg aku ngajar ni. Best2, dpt ilmu dan pglman baru mcm mana sessi vetting ni berlangsung. Lecturer dari caw lain dan main campus shah alam pun turun Penang. So, apa yg aku boleh simpulkan, set kod kursus yg aku buat tu, tiada major correction, hanya minor correction, supaya dpt hasilkan set soalan final exam yg berkualiti. Level nya tak susah dan tak la senang benor. Esok br mula nk buat semua kerja2 documentation. Kuliah berhenti berehat utk seminggu sbb student diploma cuti mid-term..(yeay!!!)

This coming weekdays, aku plan nk setel kan guide student final year projek, supaya deme siap kan experimental work deme. Sbb ini sahaja masa yg ada, klw minggu kuliah tu, 'masak' jugak lah aku nk curi masa turun padang buat research tajuk aku nih..huhu..padat weih..tak dann. Klw boleh aku nak characterize sample tersebut....harap nye gitu lah. Student pun dah diberitahu agenda this weekdays. Last week jugak, dah discuss dgn Encik Azahar, hopefully, boleh berjalan lah.. Lg dua minggu pulak udah nak masuk fasa Ramadhan...cepat je masa berlari :) Kang aku takot progress research pun slow...

Aku plan nak turun KL hari Khamis ini. Malam nya, Chelsea vs Malaysia. Teman suami saya tgk bola. (betui ke aku larat ni??) Esoknya, jumaat ptg blk ke Melaka rumah MIL. Kali ni, take turn as 'weekend husband and wife' ni, aku drive seniri ke KL. Sbb klw minggu kuliah, aku mintak excuse tanak ke KL tu, so disebabkan ini minggu budak cuti, aku kenalah amik giliran ke sana, jumpa dia. Sampai bila rutin aku begini? Entah lah... Ermm..aku sedang usaha lah ni... :P Kawan2 yg baca blog ni tolong doakan ye :)
Bising member aku bila dpt tahu, masa aku keguguran ari tu, aku seorg diri..huhu..."Kalau ko tumpah darah, sorang2 mcm tu, boleh mati tau tak???"


Sunday, July 10, 2011

setahun...berlalu...lalala =)


Salam to all.
Jumaat lepas 8 Julai 2011, genap setahun aku berkhidmat di UiTM Pulau Pinang ini. Masih segar di ingatan, saat2 terakhir aku 'gudbyetata' to JOHOR, setelah 10tahun berkelana, hadoih..ayat puitis gituu...kui kui kui.
Setakat yg aku dh 'lalui' di pulau pinang ini, aku sgt hepi dgn kerja aku as pensyarah (still rasa segan nk guna title itu). Syukur sgt.

Sadly...huwaaaa....kaki aku terseliuh la pulak, di hari jumaat tersebut. Al-kesah nya...Berjalan sambil reply msg dr lectr Dungun, pasal answer scheme, then x perasan anak tangga terakhir, terus "dusshhhh!!!!".. Terus terduduk..huhu..(mujur belom ada 'isi' lagi) Syukur lah kaki kiri yg terpele-ot, then, masih boleh memandu. Punah harapan nk bersukaria, kekonon nk celebrate la..huhu. Nak merayap ke Gurney Plaza.. Tapi aku dpt jugak lah mkn kek di atas, sgt super yummy...Alhamdulillah. Asben belikan..hihi.

Anyway, Kaki kiri aku dh semakin pulih. Boleh berjalan normal, walaupun bukan 100% recover. Thx to kak Hawa, bg no fon Makcik Pora. Thx to Maz, bg guideline jalan ke rumah mkcik urut tu. Thx jgk to Linda, hihi, i guna 'nama' u, sbb makcik itu, ibu mertua adik mu, yg juga, nama sama mcm aku, Shikin. Hehehe.

Apa-apa sahaja yg kita lalui, samada sedih atau gembira, kita mesti tempuhi nya dgn optimis bukan optimus prime..hohoho... Jangan buruk sangka dgn takdir ALLAH s.w.t. InsyaAllah, hati tak stresssssss.... =)



Tuesday, July 5, 2011

T.E.S.T

sekadar gambar hiasan

"..sia-sia rasanya perjalanan hidup jika setiap detik tidak pernah kita hargai dan syukuri & siksanya perjalanan hidup jika setiap ujian yang menerpa kita hadapi dengan kemarahan dan wajah yang muram.."

Wahai hati NORASHIKIN, bersyukur dan bersabarlah dgn ujian Allah, kita hambaNYA, selayaknya lah kita diuji.

=)


Sunday, July 3, 2011

di rumah saja lah

Salam.
Hahaha, ni hobi baru suami saya ye. Seharian semalam mencari PS3 ini sekitar Penang ni. Bermula dr Pacific Megamall, beralih ke Sunway Carnival, then ke Jusco Sbrg Perai City (ini sebab layan transformers dark of the moon TIGA-DIMENSI) hihi.. Lepas habis survey, x jumpe jgk yg "memenuhi kriteria", suami saya nekad ke Pulau la pulak, ke Kompleks Bukuit Jambul..hihi.. Dan Alhamdulillah, jumpe!!! Dan terus bayar CASH..hahaha Smgt!!...klw tidak, mau nye dia nk ke Gurney Plaza pulak, haru... Dah mlm2 ni, dr pagi tadi..agak penat la jugak. tapi tgh LALU ni, layan kan aje..ngee :D

Bukan xde je kat KL yg indah permai tu, entah2, lebih murah dan byk pilihan juga more free gift.. Cume memikirkan nk angkut bwk blk ke Penang tu naik BAS, renyah!! Coz tujuan asal nk main di rumah penang ni, itu yg suami nekad nk beli jgk di sini.

Komen aku selapas menonton transformers dark of the moon tu, OK, best!
Detail sungguh gambar dia..mesin2..besi2 kecik2..hihi..
Tapi, yg plg tak tahan...lama wooo...siap aku boleh terlena lagi, hadoih laa..hahaha





Friday, July 1, 2011

nak kek boleh..

Sudah masuk bulan July laa..hihi.
Tahun depan no more umur 2o-an..hahaha..huhuhu



Sunday, June 19, 2011

penyelaras Final Year Project


18 org pelajar saja





Puan Hawa, topic Guideline nk buat report




salam to all.
Aktiviti weekend ini ialah, aku as penyelaras bg kod kursus CHE364 ini, organize seminar/workshop utk student part 6, final semester diploma. Tajuk nya, "Introduction to Research Methodology and Report Writing". Sabtu dan Ahad. Kali ini, lokasi di Makmal Analisis, bangunan makmal yang baru, Fakulti Kejuruteraan Kimia.
Batch student kali ni sgt lah sedikit, ada 18 org student sahaja. Semester lepas, aku handle dlm 55org student, TAPI, next semester..haha..dlm 75org kot ... :)

maaf, gambar kasut...kurang sopan :P

Suami ku blk ptg Sabtu, (dia sudah kerja di KL, so kekalau rasa nak blk Penang, main terjah pun, selamba je..hihi)..Ahad blk semula ke KL.

Thanks to my opismate yg bekerjasama, sharing knowledge.


Saturday, June 11, 2011

bulan madu lagi...

[from TIOMAN with love]
salam to all,
hihi...br aku tersedar..udah lama giler x update blog, hadoih laaa...
bak kata member aku, "Ko nk tutup terus ke blog tu?"
hamboih...pedas sungguh soalan itu.

Actually, aktiviti aku sepanjang May, byk berjalan2.
Sbb student diploma tgh cuti, so aku amik peluang bercuti juga. Seminggu tuh..sakan.
Dan puas hati. Hihi :D
Lepas aku miscarriage Mac2011, aku bg tau asben, rase mcm nk jalan2 lah..sblm masuk semester baru June2011 ini.
2nd honeymoon boleh? :P

Tambahan pulak, asben dh dpt kerja area KL, Jalan Tun Razak.
For sure lepas2 ini, payah dh nk turun JB, so, peluang cuti yg ada ni, mmg kami berdua kemas brg sunguh2 lah, dan aku pulak, still ada saki baki brg di rumah sewa masa belajar dulu, kt Tman U. (Thanks Anid, bersabar dgn brg2 akk yg semak di rumah mu)

Best wooo pergi TIOMAN.
Puas hati, sgt enjoy. Dpt snorkel melihat keindahan milikNYA.
Air laut yg jernih...best2..
Yang x best, lepas blk dr pulau, mama aku tegur, muka makin gelap.... :(


Thursday, April 28, 2011

industrial visit

(From right: Mdm Zalila, Miss Zura and me)


salam :)

Lama tak update..hihi.
Pergi kilang gula, kat Padang Terap.
Byk jugak ilmu kami dapat, in term of processing.
=)

Thursday, April 14, 2011

dekat lah jugak




Salam to all my kawan2 yg setia mmbaca cerita suka duka gembira dan ceria ku ini.
Hamboih! pjg mukadimah nyer beb! kih3x.
Dah habis semester, br teringat nk citer, rumah sewa aku (bila la nak ada rumah sendiri) belakang UiTM je. Sukeee...sbb dekat nak ulang alik pergi kejaa :)
Nak dtg buat kelas ganti, atau buat test pun senang, dekat yoo..
Nama nya, Casa Prima Apartment. Total 31 tgkt.
Aku dapat menyewa rumah "tinggi", di tgkt 9. Parking nya juga bertingkat, di tgkt 2. Ni la guna nya selalu mengasah skill parking kat Plaza Angsana Johor Bahru, dolu2..hahah.

Adusss..rindu nye..johor bahru....asam pedas, Taman U, UTM, etc.





Tuesday, April 5, 2011

hari pensyarah 2011


1 April 2011 - jumaat
Adalah hari pensyarah rupe nya.
Aku ingat jadi cikgu je ada Hari Guru, hari pensyarah pun ada. :) Hihi.
Tak kesah lah, yang penting, aku nk highlight kan, dapat bunga ros kaler pink-oren.
Terus aku rendam dlm air. sukeee :) [perempuan kan suke bunga..]
Meja aku yg serabut tu, sila abai kan..huhu, dgn chemical nya depan meja aku, hadoih laaa...bila nk housekeeping ni?? :P
Lagi satu, aku suke hijau (tema baju sanding hijau).
So, aku ada bela satu pokok atas meja...sukeee...

Hoho..teringat pulak kepada pokok ku di Tmn U Skudai,
Anid, pokok akk ada lg tak?
Pokok yg Mak mertua ko bg tu, sihat lagi? :)


Sunday, April 3, 2011

esok Ahad

Tadi hantar suami di stesen bas Kamunting. (nape letak gmbr aku dan adik? sbb time ni tgu suami ke toilet jap, sebelum naik bas, blk ke Johor bahru)
Ini lah rutin kami berdua suami isteri...setakat hari ini.
Berjumpa hanya di hujung2 minggu...
Setiap hari menghitung hari, bila nk jumpa suami? asik belek calender, bila ada cuti?

Sunyi sbnr nya...blk keja..rumah xde org...hadoih..sunyi betul la...huhu..
(betul, aku tak tipu..) even aku masa keja dulu, masa buat master dulu, klw hosmet blk kg ke, kejap2 je, lepas2 tu, ada org blk dlm rumah...hmmm...
Sejak2 lepas miscarriage tu, lg lah fragile semacam je hati ni...
Tolong lah TABAH wahai hati..
Ini dugaan saya...saya mesti redhaa :)

Walaupun, jauh di sudut hati tertanya2......sampai bila aku kena PJJ ni???? aku hambaMu yg lemah.

p/s: Astaghfirullah...

Sunday, March 27, 2011

Program Selangkah ke UiTM

Semalam ada event 'Selangkah ke UiTM'.
Buat di Dewan Millenium Kepala Batas.
The best part is, suami saya join turun padang..hahaha.
(Thanks ABANG, sayang sangat! hoho, sila jgn muntah...kui3x)

Al-kesah nya one of the staff yg duty jaga booth dgn aku, demam.
Suppose 3 org, tapi tingggal la aku dan Madam Chang sahaja.
SO tak cukup tangan kaki laaa....hadoih..
Kebetulan, sabtu pagi semalam, suami br sampai JB, naik bas dari Larkin.
Memula, aku plan, lepas amik suami, aku bekpes sama2, then, dia hntar aku ke Kepala Batas.
Lepas hntr aku, dia blk la rest di rumah, sbb penat travel kan..ptg nanti dtg amik aku blk.

Kita plan, tapi perancangan ALLAH swt Maha Perfect!!
Tetiba, dia tak jadi balik, nk tgu aku sampai petang. (aku kena jaga for the whole day)
Hihihi, aku OK je, happy lah kan, dapat spend masa dgn suami dgn 'cara begini'.
Maklum lah, menjadi PJJ (perkahwinan jarak jauh) ni, setiap masa sgt2 lah EMAS!! hihi

Dia tlg aku, tlg explain pada parents dan bakal mahasiswa ni klw ada sbrg pertanyaan tentang prospect kerjaya bidang Chemical Engineering ni. Aku amik part explain requirement nk apply UiTM, diploma program. Tapi sblm tu, aku dah briefing lah apa yg patut, kang salah goreng, jenuh nk menjawab dgn koordinator. Heheh. SUkeee sgt. Yang kelakar nya, di sblh booth aku tu FKM (fakulti kejuruteraan mekanikal). Lecturer (lelaki) sblh tu, tanye aku, "asben U, apa background dia?"
Hohoho..terkejut aku!!! mcm mana dia tau, itu asben aku...hihihi...laju je gossipp sampai.
Mesti dia impress, gaya suami aku ni, mcm lecturer kot..hahaha.
Suara kuat, confident level tinggi, pandai bercakap, yakin je deliver apa yg dia tau.
Hihi.
Madam Chang boleh komen, husband aku ni, contra dgn aku sbb dia jenih 'ramah'. Aku ni kan jenis pendiam :P



Thursday, March 24, 2011

ganti





salam to all :)

hihi...busy sket minggu ini, tapi so far aku OK je kot, insyaAllah.
Kwn2 opis duk tanye2, napa leh jadi keguguran tu..huhu.
Huda terkejut dgr aku, naik turun tangga masa hari keguguran tu, sebab lif rosak..huhuhu
Xpe lah..saya sedang belajar, R.E.D.H.A.

Kalut duk buat kelas2 ganti laa..hahaha..Tarikh final exam pun dah keluar...hadoih!!!

Weekend ini suami saya balik penang, yehooo!
Tapi, yg x berapa best nye, sabtu ini, saya terlibat untuk Misi Akademik Uitm di Kepala Batas, sian dia, kena tgu saya habis jaga booth pameran tu. :)

Dah jumpa pun Dr.
Update pasal keguguran tu :)
So far Dr ckp, rahim tu x kecut habis lagi, sisa2 darah xde lagi...syukur.
Dia pesan suh pantang betul2. jaga pemakanan.
Event hub suami isteri pun kena pakai 'protection' kata nya, bagi stable dulu rahim.

Kawan2 tolong doa sama ya, cepat sembuh, dan 'murah rezeki'.
Aminn :)



Saturday, March 19, 2011

Lusa dah kerja

Salam.
hihi...sejak miscarriage ari tu, ni br start blk memandu..huhu.
Kekok pulak rasa nye, lama x pegang stereng keta..haha.
Actually, aku kuar ni pun, sebb teman adik aku pegi kedai buku kat Kamunting nun, beli kertas nk siap kan folio agama dia. Lusa dah Isnin, apa lagi, kalut la siap kan homework.
Aku pun, kena bersiap siaga lah, untuk "back to work"...huhu. Debor2 pulak aku nk kembali bekerja. Maklum lah, lama bercuti...Dua mingguu..woooo..
Tido pun asik mimpi kerja..hahaha..haru!
(ke...aku yg ter over dose tidoq..kui3x)

Anyway, terima kasih to kawan2..yang sentiasa memberi kata semgt yg bersemgat!... macey :)

Thursday, March 17, 2011

La Tahzan - Jangan berduka lara wahai hati



Jangan bersedih,
kerana kesedihan hanya akan membuatkan air yang segar terasa pahit,
dan sekuntum bunga mawar yang indah kelihatan layu,
kebun yang menghijau kelihatan seperti gurun pasir yang gersang,
dan kehidupan dunia terasa bagai dipenjara.

Jangan bersedih,
kerana anda masih memiliki dua mata,
dua telinga, dua bibir, dua tangan, dua kaki, lidah dan hati,
kedamaian, keamanan dan kesihatan tubuh badan.

Jangan bersedih,
kerana anda masih memiliki agama yang anda yakini kebenarannya,
mempunyai rumah sebagai tempat tinggal,
roti untuk dimakan, air untuk diminum,
pakaian untuk dipakai dan
keluarga untuk anda cintai... jadi mengapa harus bersedih..

Tetaplah kita sebagai hamba yang bersyukur...
dipetik dari buku La tahzan-Dr. Aidh Al-Qarni



Salam to rakan2 pembaca blog ku (hoh! mcm ramai je peminat aku..hihi)
isnin depan aku mula kembali bertugas.
Hihihi..harap penuh smgt lah hendaknya. Aminn!
Jenuh la aku kena buat kuliah ganti, for sure kena pakai gear 5 ni..hihi. Tapi aku kena enjoy je. Sbb bos lama (masa keja di JB suatu masa dahulu) pernah cakap, jadi kan pekerjaan kita ni mcm HOBI. Suka dan gembira melaksanakannya, insyaAllah..tak kan stress...(ye ke? hihi)
Minggu kuliah tinggal 4weeks sahaja, lepas tu final exam..

Emosi? Lepas keguguran? InsyaALLAH, makin fragile....huhu...eh silap!!! makin TAK fragile, harapan nya. Relax Ikin...Allah lebih mengetahui..Sabar dan syukur adalah kunci ketenangan aku buat masa ini. Mesti Positive...kalau tidak confirm hujannnnnnnnn......:'(






Sunday, March 13, 2011

saya keguguran

salam.
Dah sebulan, br nk update :)

Merujuk kepada perkara di atas, itu lah yg telah terjadi pada 8 March 2011, Selasa, subuh yg nyaman.. Sangat sedih (sebab hubby nun di JB, aku kat Penang sorang2 .....)
Ini pun duk berjurai2 ayer mata...hadoi laaaaaaaaaaa

kronologi? (bila tah ada smgt nk story kt blog ni...Tapi kalau kome call aku, aku layan aje..hihi)



Aku tgh cuti lagi ni, parents aku bising, jgn di pikir kan sgt kerja2 kat fakulti tu, mmg tak akan habisss..huhu. Darah pun ada sikit2 lagi sebelum nk kering betul..aduss..nk solat pun x boleh..huhu

...mencari kekuatan...bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta tadah tangan berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.”

Amiinn =)

Monday, February 7, 2011

demam ...sudah dua minggu




salam.
Aku br je baik demam ni...Syukur =)
Batuk je tak habis lagi...

HUuhu..mana tah aku dapat virus demam ni..
start dgn batuk2..pehtu demam...
1st time g klinik...ubat habis je, dtg demam balik..haru!
2nd time g klinik...dapat pulak simptom demam di malam hari sahaja...siang demam jugak la, tapi suhu naik sikit2 saje...3rd time pegi klinik (semua klinik yang sama, hokay..)...Dr.suspek aku semput la pulak...adoi laaa...dugaan.. (Pehtu, asik tanye, bila last Period...Hoho..)

Sian kat student, aku duk amik MC, kuliah byk cancel...
Student final year projek, cr aku kt bilik pun, asik xde..Maaf ya, diri ku bukan sengaja sakit. Klw aku dah ting tong 'kena' ubat batok, mmg aku 'lari' ke Surau..huhu.
Malam2, jgn tanya la, mesti 'sayu' je rasa..maklum lah, suami jauh di Selatan...aduh...kena gagah jugak ni...x leh syahdu2 sgt...nti bengkak mata aku..Ngada je lebih :P

Last week, cuti CNY, aku blk Melaka, rumah m.i.l.
Dapat lah minum air kelapa, dan m.i.l cari kan air penawar..huhu...
Terima kaseh ibu mertua ku =)

Asyik kena sakat je, 'sakit ada makna' kot...adoi laaa...segan i.
Entah lah, ada rezeki, ALLAH nak bagi, aku redha aje, umur aku bukan nya makin muda...hihi. KAwan2 tolong doa kan sama eh, saya cepat sembuh..dan di permurah kan rezeki. Aminn!


Tuesday, January 18, 2011

kini



Salam to ALL,

Sikit2 update saja:

1. Saya telah bernikah, 18 Dec 2010-Sabtu, resepsi nya esok nya 19 Dec2010-Ahad.

Legaaa...byk peristiwa di tgh2 event2 tersebut, yg plg kalut...Tok Kadi, call aku pukul 3 ptg, tanye aku napa x mai2 lagi, sbb dlm rekod dia, aku nikah lepas Zohor, padahal, ayah aku dah bitau tukar ke lepas Asar, atas2 sebab tertentu. Apa lagi, kalut la bersiap2..huhuhu...Air xde, adik aku Amirol yg angkat air, utk pengantin ni mandi, huhu, dugaan....
Anyway, semua berjalan dgn lancar. Syukur. Aku kini, PUAN NORASHIKIN...bila nak letak title DR. pulak ni? hahaha....

2. Umur saya telah menjangkau ke 29tahun pada 2011 ini.

hoho...tahun depan, no more nombor 'dua'...hihi..Tapi xpe, as long as, aku awek muda, ops! awet muda..hahah..aku ok je...kui3x..(perasann...!!!!)

3. Sudah ada rumah sewa sendiri. Cuma nya suami, weekend husband. :)

Mcm mane perasaan duduk sorang2 di rumah? Setakat ini, OK sahaja. hihi. Cume bosan, x tau nk ckp dgn sape. Bateri enset asik habis je..hahaha..call hubby..Sorry.

p/s: nak update lagi ni, esok aku smbung eh...:)