Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 20, 2013

baru lagi

Salam.
Saya officially sudah menetap di Shah Alam.
Kerja di UiTM seksyen 7, rumah pulak di Seksyen 27.
Alhamdulillah.
So far, masih tabah/gembira mengharungi kehidupan baru, sebuah keluarga kecil, kami bertiga beranak.
Ada suka, ada duka. Biasalah kan, klw hari2 makan roti canai pun jemu jugak, kadang2 kena la tukar mkn lontong ke, pulut kuning ke, atau cukup sekadar minum cereal sahaja.
Oh, sungguh puitis/metafora la konon. Ahaks!

Cuba melihat ujian hidup ni dari aspek positif.
Sbb semua nya terlalu baru utk aku lalui.
Ye la kan, rasa mcm baru kahwin pulak, sbb duduk bersama dgn asben.
Sblm ni kan PJJ.
Anak pulak, boleh nmpak la, pandai nk memerap suh ayah dukung sebelum p taska.
Oh ya, aku hntr anak kat Taska je.
Cuba jgk hntr ke rumah org, tp menangis bersunguh2...adoi...
Terus kakak pengasuh tu called aku, suh amik blk anak ni, xmo jaga.
Hmmm... dh byk kali cuba, at last, hntr taska jugak.
Anak aku dh terbiasa sgt duduk dgn opah atok nya, itu meragam tanak dgn org.
Ujian....

Aku selalu ingat kata2 Prof Muhaya:
"melihat aspek kehidupan, mestilah lihat dr pandangan mata yg sedang lihat sebuah permaidani indah gebu cantik, bukan lihat dr aspek seekor semut yg sedang terpengkap dlm permaidani itu; rasa sesak nafas, sempit dan sesat.."

Kerja?
Ok lah.
Mengajar student degree x pyh nk spoon feed sgt... "Lepas" je, pepandai lah korg cr sendiri :)
Saya suka..saya sukaa...!!!
Lain la sket cr ngajar student diploma.
Yang lain2 OK lah... Tapi ye la kan, aku tetap rindu tempat kerja yg lama...
Ya Allah, berikanlah ketabahan dan kecekalan utk ku tempuhi ujian Mu ini.

Sejak duduk bersama ni, jadual weekend kami always je pack pun..hahaha.
Ada sahaja aktiviti kami :)
Last weekend mkn kat Laman Grill... sedap! sedap! sedap!
Kawan2 asben masa belajar UTHM, berkumpul. Cukup setakat ini kot.
Nanti sambung lagiiiiiiiii....adios!


Thursday, February 21, 2013

bertukar

Salam.
Apa khabar semua readers? :)
Saya baru je baik demam, batuk masih ada lagi. Last demam awal tahun 2011 kot..hahaha, lama tak demam, sekali sekala datang, siap lah!!

Esok merupakan last day saya di UiTM Caw Pulau Pinang. Time flies!! Sudah sampai masa nya nak move ke UiTM Shah Alam. Demi sebuah keluarga kecil kami ini, saya berhijrah ke zon tengah pulak. Perasaan? Mesti lah bercampur baur.. Hahah. Dah mcm buat karangan darjah 6 la nih. Ngee :)

Saja letak gambar ni. Bangunan kaler kuning tu, ialah rumah sewa saya (hampir nak beli) semasa kerja di kampus caw penang ini, sejak bernikah kami duduk situ. Dgn status PJJ. Cuma bila lahir sahaja Muhammad Nuh, saya nekad duduk dengan mak ayah, sebab tak cukup kuat nk jaga anak seorg diri, sbb suami masih kerja di KL. Now, a new chapter of my life akan bermula sedikit masa lagi...

Semoga pengorbanan saya yang sedikit ini, bakal mmberikan sebuah kehidupan yang lebih baik dan bermakna buat kami sekeluarga. Jujur saya kata kan..hati masih berat nak tinggal kan Penang...tapi apakan daya... Isteri yang taat kah kita????




Thursday, January 31, 2013

M.a.l.a.s

Salam.
Hadoih la...apasal aku jd malas giler hari ni.
Tunjuk gambar aje lah :)


 
 
let's picture talk