Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 27, 2011

Program Selangkah ke UiTM

Semalam ada event 'Selangkah ke UiTM'.
Buat di Dewan Millenium Kepala Batas.
The best part is, suami saya join turun padang..hahaha.
(Thanks ABANG, sayang sangat! hoho, sila jgn muntah...kui3x)

Al-kesah nya one of the staff yg duty jaga booth dgn aku, demam.
Suppose 3 org, tapi tingggal la aku dan Madam Chang sahaja.
SO tak cukup tangan kaki laaa....hadoih..
Kebetulan, sabtu pagi semalam, suami br sampai JB, naik bas dari Larkin.
Memula, aku plan, lepas amik suami, aku bekpes sama2, then, dia hntar aku ke Kepala Batas.
Lepas hntr aku, dia blk la rest di rumah, sbb penat travel kan..ptg nanti dtg amik aku blk.

Kita plan, tapi perancangan ALLAH swt Maha Perfect!!
Tetiba, dia tak jadi balik, nk tgu aku sampai petang. (aku kena jaga for the whole day)
Hihihi, aku OK je, happy lah kan, dapat spend masa dgn suami dgn 'cara begini'.
Maklum lah, menjadi PJJ (perkahwinan jarak jauh) ni, setiap masa sgt2 lah EMAS!! hihi

Dia tlg aku, tlg explain pada parents dan bakal mahasiswa ni klw ada sbrg pertanyaan tentang prospect kerjaya bidang Chemical Engineering ni. Aku amik part explain requirement nk apply UiTM, diploma program. Tapi sblm tu, aku dah briefing lah apa yg patut, kang salah goreng, jenuh nk menjawab dgn koordinator. Heheh. SUkeee sgt. Yang kelakar nya, di sblh booth aku tu FKM (fakulti kejuruteraan mekanikal). Lecturer (lelaki) sblh tu, tanye aku, "asben U, apa background dia?"
Hohoho..terkejut aku!!! mcm mana dia tau, itu asben aku...hihihi...laju je gossipp sampai.
Mesti dia impress, gaya suami aku ni, mcm lecturer kot..hahaha.
Suara kuat, confident level tinggi, pandai bercakap, yakin je deliver apa yg dia tau.
Hihi.
Madam Chang boleh komen, husband aku ni, contra dgn aku sbb dia jenih 'ramah'. Aku ni kan jenis pendiam :P



Thursday, March 24, 2011

ganti





salam to all :)

hihi...busy sket minggu ini, tapi so far aku OK je kot, insyaAllah.
Kwn2 opis duk tanye2, napa leh jadi keguguran tu..huhu.
Huda terkejut dgr aku, naik turun tangga masa hari keguguran tu, sebab lif rosak..huhuhu
Xpe lah..saya sedang belajar, R.E.D.H.A.

Kalut duk buat kelas2 ganti laa..hahaha..Tarikh final exam pun dah keluar...hadoih!!!

Weekend ini suami saya balik penang, yehooo!
Tapi, yg x berapa best nye, sabtu ini, saya terlibat untuk Misi Akademik Uitm di Kepala Batas, sian dia, kena tgu saya habis jaga booth pameran tu. :)

Dah jumpa pun Dr.
Update pasal keguguran tu :)
So far Dr ckp, rahim tu x kecut habis lagi, sisa2 darah xde lagi...syukur.
Dia pesan suh pantang betul2. jaga pemakanan.
Event hub suami isteri pun kena pakai 'protection' kata nya, bagi stable dulu rahim.

Kawan2 tolong doa sama ya, cepat sembuh, dan 'murah rezeki'.
Aminn :)



Saturday, March 19, 2011

Lusa dah kerja

Salam.
hihi...sejak miscarriage ari tu, ni br start blk memandu..huhu.
Kekok pulak rasa nye, lama x pegang stereng keta..haha.
Actually, aku kuar ni pun, sebb teman adik aku pegi kedai buku kat Kamunting nun, beli kertas nk siap kan folio agama dia. Lusa dah Isnin, apa lagi, kalut la siap kan homework.
Aku pun, kena bersiap siaga lah, untuk "back to work"...huhu. Debor2 pulak aku nk kembali bekerja. Maklum lah, lama bercuti...Dua mingguu..woooo..
Tido pun asik mimpi kerja..hahaha..haru!
(ke...aku yg ter over dose tidoq..kui3x)

Anyway, terima kasih to kawan2..yang sentiasa memberi kata semgt yg bersemgat!... macey :)

Thursday, March 17, 2011

La Tahzan - Jangan berduka lara wahai hati



Jangan bersedih,
kerana kesedihan hanya akan membuatkan air yang segar terasa pahit,
dan sekuntum bunga mawar yang indah kelihatan layu,
kebun yang menghijau kelihatan seperti gurun pasir yang gersang,
dan kehidupan dunia terasa bagai dipenjara.

Jangan bersedih,
kerana anda masih memiliki dua mata,
dua telinga, dua bibir, dua tangan, dua kaki, lidah dan hati,
kedamaian, keamanan dan kesihatan tubuh badan.

Jangan bersedih,
kerana anda masih memiliki agama yang anda yakini kebenarannya,
mempunyai rumah sebagai tempat tinggal,
roti untuk dimakan, air untuk diminum,
pakaian untuk dipakai dan
keluarga untuk anda cintai... jadi mengapa harus bersedih..

Tetaplah kita sebagai hamba yang bersyukur...
dipetik dari buku La tahzan-Dr. Aidh Al-Qarni



Salam to rakan2 pembaca blog ku (hoh! mcm ramai je peminat aku..hihi)
isnin depan aku mula kembali bertugas.
Hihihi..harap penuh smgt lah hendaknya. Aminn!
Jenuh la aku kena buat kuliah ganti, for sure kena pakai gear 5 ni..hihi. Tapi aku kena enjoy je. Sbb bos lama (masa keja di JB suatu masa dahulu) pernah cakap, jadi kan pekerjaan kita ni mcm HOBI. Suka dan gembira melaksanakannya, insyaAllah..tak kan stress...(ye ke? hihi)
Minggu kuliah tinggal 4weeks sahaja, lepas tu final exam..

Emosi? Lepas keguguran? InsyaALLAH, makin fragile....huhu...eh silap!!! makin TAK fragile, harapan nya. Relax Ikin...Allah lebih mengetahui..Sabar dan syukur adalah kunci ketenangan aku buat masa ini. Mesti Positive...kalau tidak confirm hujannnnnnnnn......:'(






Sunday, March 13, 2011

saya keguguran

salam.
Dah sebulan, br nk update :)

Merujuk kepada perkara di atas, itu lah yg telah terjadi pada 8 March 2011, Selasa, subuh yg nyaman.. Sangat sedih (sebab hubby nun di JB, aku kat Penang sorang2 .....)
Ini pun duk berjurai2 ayer mata...hadoi laaaaaaaaaaa

kronologi? (bila tah ada smgt nk story kt blog ni...Tapi kalau kome call aku, aku layan aje..hihi)



Aku tgh cuti lagi ni, parents aku bising, jgn di pikir kan sgt kerja2 kat fakulti tu, mmg tak akan habisss..huhu. Darah pun ada sikit2 lagi sebelum nk kering betul..aduss..nk solat pun x boleh..huhu

...mencari kekuatan...bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta tadah tangan berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.”

Amiinn =)