Thursday, March 17, 2011

La Tahzan - Jangan berduka lara wahai hati



Jangan bersedih,
kerana kesedihan hanya akan membuatkan air yang segar terasa pahit,
dan sekuntum bunga mawar yang indah kelihatan layu,
kebun yang menghijau kelihatan seperti gurun pasir yang gersang,
dan kehidupan dunia terasa bagai dipenjara.

Jangan bersedih,
kerana anda masih memiliki dua mata,
dua telinga, dua bibir, dua tangan, dua kaki, lidah dan hati,
kedamaian, keamanan dan kesihatan tubuh badan.

Jangan bersedih,
kerana anda masih memiliki agama yang anda yakini kebenarannya,
mempunyai rumah sebagai tempat tinggal,
roti untuk dimakan, air untuk diminum,
pakaian untuk dipakai dan
keluarga untuk anda cintai... jadi mengapa harus bersedih..

Tetaplah kita sebagai hamba yang bersyukur...
dipetik dari buku La tahzan-Dr. Aidh Al-Qarni



Salam to rakan2 pembaca blog ku (hoh! mcm ramai je peminat aku..hihi)
isnin depan aku mula kembali bertugas.
Hihihi..harap penuh smgt lah hendaknya. Aminn!
Jenuh la aku kena buat kuliah ganti, for sure kena pakai gear 5 ni..hihi. Tapi aku kena enjoy je. Sbb bos lama (masa keja di JB suatu masa dahulu) pernah cakap, jadi kan pekerjaan kita ni mcm HOBI. Suka dan gembira melaksanakannya, insyaAllah..tak kan stress...(ye ke? hihi)
Minggu kuliah tinggal 4weeks sahaja, lepas tu final exam..

Emosi? Lepas keguguran? InsyaALLAH, makin fragile....huhu...eh silap!!! makin TAK fragile, harapan nya. Relax Ikin...Allah lebih mengetahui..Sabar dan syukur adalah kunci ketenangan aku buat masa ini. Mesti Positive...kalau tidak confirm hujannnnnnnnn......:'(






3 comments:

  1. chaiyok ikin...

    sy 'tolak' ikin dr blkng hehe...luv u...

    ReplyDelete
  2. sabar eh.

    ada hikmah yang kita belum tahu lagi tu.

    kuat semangat ok!!

    ReplyDelete
  3. Ekin,
    kuat semangat eh..
    insyaallah, ader hikmah di sebaliknya...

    ReplyDelete