Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 14, 2011

sahur McD

Salam Ramadhan 1432H to all.
Saya sudah kembali berpuasa. :) yeay!! (err...itu pun nk cerita kt blog ke?? hhahaah)
Ni gambar bersahur di McDonald. SUke3x. Escape memasak utk sahur.
Hihi, klw hubby ada blk Penang je pun, aku masak. Klw tgl aku sorang2, jwb nya sahur dgn hot milk sambil layan Astro Citra 131. Hihi :) Tak rajinn. Xde driving force la konon nk ke dapur..keh3x.

Jom nak share.. :)

Hmm...cerita pasal bulan yg penuh dgn keberkatan ni..
Rasulullah saw membahagikan Ramadhan itu kepada tiga fasa. Fasa pertama adalah rahmat, fasa kedua pula keampunan dan fasa terakhir adalah perlepasan dari api neraka. Secara mudahnya 10 hari pertama adalah untuk rahmat, 10 hari kedua untuk keampunan dan 10 hari ketiga adalah jaminan pelepasan dari api neraka.

Hari ni dah hari ke berapa???

Tiga fasa yang disebutkan tadi, walaupun mudah dan senang saja bunyinya, namun untuk melepasinya dengan cemerlang, agak sukar kecuali bagi orang yang punya keazaman yang kuat dan istiqamah yang tinggi. Untuk itu, meh le sama2 kita mintak bantuan dari Allah swt, kerana tanpa bantuan dariNya, mustahil untuk kita mencapai target kejayaan Ramadhan kali ini. Aminn!

Aku ada dgr kt TV, caller tanye Ustaz, apa yg dimaksud kan dgn menghidupkan malam2 di bulan Ramadhan, adakah HANYA dgn bagun bersolat di sepertiga malam sahaja..
(al-maklum aje lah, klw udah kepenatan di siang hari bekerja, weekdays, so x berapa gagah jugak lah nk bgn pukul 3pagi tu..huhu)
Ustaz tu bg jwpn, tak semestinya... dgn bersolat tarawikh juga; kerana solat tarawih termasuk qiyamul lail atau solat malam. Akan tetapi, solat tarawih dikhususkan di bulan Ramadhan. Jadi, solat tarawih adalah solat malam yang dilakukan di bulan Ramadhan.

Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik bagi kita semua.
Insya-Allah.Wallahua'lam.




No comments:

Post a Comment