Monday, June 18, 2012
Episod 1 - ibu dan anak
14.5.2012 - isnin
Jam 2pagi, aku terjaga, hihi, aku mmg kerap terjaga pun sejak trimester ni. Aku terasa sakit, mcm cramp, period pain. Hehe, siap x sure lg, maklum lah, dah hampir 9bulan xde dtg haid. (Aku ni jenis period pain yg 'boleh tahan teruk' lah jgk sakit nya..huhu) Betui ke cramp mcm nk dtg period ni? Seperti biasa, mcm ibu2 lain, aku buat dek sahaja. Malas nak layan konon, sbb sekejap2 aje pun. (Nurse pun dah pesan tgu sampai sela masa sakit setiap 5minit) At last aku tertidor. Start pukul 330 br aku rase mcm kerap pulak sakit nye, huhu. Disebabkan 1st baby xde pglmn dan kandungan sudah overdue 40w3days, aku pun ikut la ckp suami utk ke hospital. Oh ya, aku mmg xde turun darah atau pecah air ketuban..
Sblm ke hospital, aku mandi dulu, sejuk giler weih, pepagi dah mandi. Siap2 ala kadar, kemas beg bagai, terus lah ke hospital taiping. Mama dan ayah aku terkejut la jugak, aku cakap dah rase sakit2. Kami mmg plan nk bersalin kat spital gomen je. Sbb? 1st experience, umur aku pun dah 30thn, buku merah dgn sticker hijau. Huhu.
Sesampai je di hospital, aku kena buat VE, huhu, sakit rupanya woi, seperti yg selalu digembar-gemburkan. Dah la Dr.yg bertugas tu mcm baru je, takut2 nk buat VE. Aku lg la takot. "Puan Shikin, jgn angkat montot ye, saya nak check ni" Huhu, sadly bukaan br 1-2cm je dek non oii. Oh ya, sakit yg mcm cramp period tu pun, xde dah, adoi laa.. Midwife tu hanya pgg je perut aku. (pgg perut je pun leh tau ye, ada contraction ke tdk eh, hihi, hebat ye dunia ilmu perubatan ni)
Aku kena admit wad 1A. Bilik sorang. Huhu, giler ar start bosan. (huhu, klw xde pape, aku ingat nk mintak blk laa, harapan, hahaha). Sempat lg suruh asben beli sarapan, ns lemak + roti canai kuah kcg dal, suh passing pada guard, sbb bkn waktu melawat lagi. Bilik aku betul2 dkt pintu masuk dan sebelah pak guard. Bermula la episod, nurse dtg check jantung baby, dtg check kekerapan contraction yg x berapa nk muncul lg tu, suhu bdn, tek darah. Area pukul 9am, Dr pulak dtg check aku, adoih, muda bangat la Dr.lelaki ni, huhu, belasah aje la. Dr tu kata, aku suspect kena kencing kotor, itu yg aku rase sakit area ari2 tu. Huhu, bukan sakit nk beranak rupanya..adohai.. Katanya lagi, mmg dekat2 nk bersalin, ibu mmg boleh dpt pun kencing kotor ni. Hmm, ape2 aje lah, janji baby dan ibu sihat.
Lunch time, mknan sampai, aku mkn dgn gembira, maklum lah, bukan nya ada pun sakit contraction tu. Haha, hubby dtg, rancak berbual, mama aku pun dtg dgn Amirol, sembag2, gelak2. Seronok ye?!? Petang tu, ayah dan Anis pulak dtg melawat. Asben pun ada jgk la, dia x jd blk KL, sbb aku admit wad hari ni, klw tdk mmg dia nk blk KL, kerja. Kami PJJ lagi ye kawan2. Tapi waktu melawat sampai pukul 7mlm, aku rase sedih la jugak depa nk blk, sbb xpernah tido hspital, rasa sunyi bilik sorg.
Mlm nya, xde TV la kata kan, aku isi masa dgn mmbaca, ngaji sikit, solat2 sunat yg patut. Dekat2 kul 10mlm mcm tu aku rase sakit contraction tu makin kerap, sampai tertidor melayan sakit, bila terjaga aku juge alami muntah2 beberapa kali, menyebabkan staff situ jd kalut, habis cadar dan lantai..mane sempat nk ke toilet, even toilet dlm bilik je dpn katil. Aku mmg ada gastrik. Nurse tu bg biskut kering, suh aku mkn, dgn contraction yg makin kerap lagi...adoiyai.. Tabah lah wahai ikin.
Nti saya sambung episod seterusnya ya.. :)
Saturday, June 2, 2012
Nuh kena prolonged jaundice
Muhammad Nuh kena kuning. Kesian. Part yg plg aku x thn ialah, kena cucuk kat tumit amik darah, atau kena cucuk di tgn juge amik darah. hadoih..aku yg x thn dgr suara Nuh nangis..huhuhu..aku yg nangis pulak.
Kronologi:
Hari ke-3, pepagi tu nurse dah dtg rumah. Check ibu, then, check baby Nuh. Nurse tu ckp, anak awak kena kuning ni, sila ke klinik kesihatan (KK) kat Kg Expo, Kamunting, utk amik sample darah, check reading Serum Bilirubin (SB) dia. Aku pun apa lagi, sepantas kilat terus siap2 ke KK. Suami pulak xde hari tu, dia ke Penang, teman Amirol adik aku, interview Sime Darby. So, ayah aku la kena hantar kami. Sampai je KK, tgu turn dicucuk di tumit, dpt sample darah, hntr ke lab, then dpt la reading nya 12.4. Ok. tinggi jugak, tapi masih belum tahap kena admit. Jadi nya, kami pun blk la ke rumah. Maka, bermula la episod, apply, mcm2 petua-petui utk menurunkan kuning anak ni. Hihi.
Hari ke-4. Check lg SB anak ku. Huuuu. Naik maaa! 14.9. Oh NO! Serius, border line weih. Sbb, jika 15, confirm Dr akan buat surat utk ke Hospital Taiping. So, Dr advice, ptg pukul 3, dtg lg utk check nilai SB.
Huhu, sadly, ptg nya reading SB anak ku naik dgn 'gembira' nya. huwaa.. Terus lah dpt arahan utk masuk wad B3, hospital taiping. Sampai je wad, baby Nuh pun agak meragam..kesian. Agak nya psiko dgr suara 'kawan2' nya nangis dlm ward tu kot, haha. Kami kena tahan sehinnga hari ke-6 umur baby Nuh. So, 3h2mlm la kami di ward B3.
Hari-7, repeat check SB, sampai lah hari ke-14, reading SB anak ku masih 8.0 sahaja. Dr kata, klw reading nya 7.9, aku dh bleh stop any related procedure. Sadly, atas pagar bacaan nya.. Hmm, apa lagi, dpt surat refer pakar kat Hospital Taiping. Baby Nuh kena amik sample darah dan air kencing, utk di buat beberapa test bg memastikan yg baby Nuh, betul2 sihat :)
Result release umur baby 30 days. Hopefully, semua nya baik2 aja. :)
Wednesday, May 23, 2012
Hospital Taiping
-sebelum : masih tersengeh2 ya-
Salam,
Syukur kepada ALLAH swt kerana saya sudah selamat melahirkan MUHAMMAD NUH BIN YUNUS. Pada 15 Mei 2012 jam 9:41am dgn berat 3.0kg dan normal. Syukur sgt2.
Tuesday, April 10, 2012
kira-kira
Salam,Saya sudah masuk ke era setiap minggu check-up klinik. Hoho. Time flies...
Saya masih di Penang, belum mula bercuti dan stay di Taiping, untuk menunggu hari-nya.
Saya masih seorg diri lagi di Penang ni, semoga baby masih boleh menunggu sehingga ibu mu ini blk ke rumah atok dan opah ye, klw tidak ibu akan jd panic..doa..doa..doa.. (sbb sorang2 je kt Penang ni, suami keja KL). Ibu tahu kamu anak yang mendengar kata kan? :) Amiiinn!
Saya plan nk letak gmbr saya yg terbaru hari ni. (Al-maklum, br beli camera baru, purposely nk amik gmbor anakanda tercayang yg bakal lahir le ni) Tapi udah tertgl cable nye dlm kotak. Beli camera murah2 saja, DSLR tu kompom la x mampu. haha. janji boleh snap gmbr. :) Saya semakin membulat. Sampai kan ada opis-mate tegur, nmpk muka aku je, mesti tgh ngunyah..hahah..haru! Set bersalin saya juga sudah sampai. Order online.
Semester sedang bercuti. Juga opis sedang 'di langgar garuda'. kenapa? sbb semua org duk pakat packing brg tgu mover dtg, angkut brg2. Pindah bngunan baru. Opis baru! :) Ok lah, excited jgk lah, sbb aku abis cuti pantang nanti, aku akan ada work place yg baru. Dgn status baru, ibu :) Ngee..juge kena ngajar subjek baru. Reaction of chemical engineering. Cume yg x best nya, sem depan rumet aku xde setahun. Industrial attachment di Kulim.
Monday, February 13, 2012
update
Salam.Alahan? masih?
Ada lagi jugak laa, cume tak seteruk dulu2, awal2 pregnancy dulu, teruk tahap hape je aku rasa dulu tu.Currently...
1.Masih tak boleh telan air liur sendiri, especially tgh solat dan baca Quran, hadoih..klw dah start angkat takbir tu, bermula lah kemam air liur sampai beri salam. Bukan aku x cuba telan, end-up hingga rakaat kedua sahaja, dan aku muntah..huwahuwahuwa..Tak kan aku nk kulum gula2 tgh bersolat? Hihi. Time baca Quran tu, aku makan la gula2. Hehe.
2.Pepagi, akan ada satu round muntah kuning tu..huhu. Letih. Bukan aku tak cuba mkn biskut pagi2, sudah...penyudah nya, dgn biskut2 tu keluar balik..blueekkkk!
3.Aku mesti kena mkn dgn sgt kerap, errmm...itu normal kan pada ibu2 ngandung. Hihi. Cume yg aku tak tahan nya, klw la aku terlupa/ralit utk mkn something area pukul 3ptg, sat g pukul 4 lebih hingga pukul 5ptg, aku akan pedih dada, hingga akan 'blueekk' lah semua mknan yg telah dimakan lunch tadi. Huwaaa..penat je makan. Bukan itu shj, skrg ni, klw muntah, mesti je tahap keluar darah sama..adoih..pedih dada aku..huhuhu...
4.Suka minum limau ais, suka minum ais jugak!! Padahal, masa sblm pregnant dulu, dlm peti ais umah aku ni, susah betul nk cr air sejuk.. Laa ni, air sirap ais mesti ada dlm peti sejuk.
Sekian. :)
Tuesday, January 31, 2012
sentimental
Hari ni, saya sudah dapat 'kuda' baru saya, syukur, sangat happy. Alhamdulillah.
Mmg aim aku nak 'angkat', sbb dah nak dapat anak dan nak blk Perak/Melaka senang, itu yg aku tukar baru tu..
Tapi, tadi...seyes aku sayu...
Sbb, parking bertingkat kat aprmnt aku duduk ni, ada satu tempat je, so, darling lama aku kena parking di luar sahaja..sementara tunggu masa bertukar hak milik..huhu...rasa kesian pulak dah. Tambahan pulak, hujan cuaca petang ni..adoi...syahduu..sob..sob..
(menaip blog sambil dgr mp3 Anuar Zain-Perpisahan)
Mana tak nya, sejak tahun 2006 aku bersama nya, of cos la byk sgt memori terindah, terluka, terhangit, terbengang dan ternangis dalam darling aku tu..huuu..
Ingat lagi masa memula decide nak beli kereta pertama ku..ececeh..dah mcm konsep 'Rumah Pertamaku' lah pulaks..haha..
Ayah aku beriya suruh aku amik Gen-2, masa tu model proton yg tu agak hot la jugak, kereta mampu milik..hihi. Tapi aku ada planning sesuatu, maksud aku, aku plan, aku tak kan kerja lama dlm field engineering tu lama, sbb aku nak kembali ke cita2 asal aku, jadi tenaga pendidik..so bila consider pasal menyambung pengajian, mesti lah full-time, dan harus lah tiada income tetap, itu yang tak berani komit dgn kereta yg per month nya more than RM500..so, kenari lah pilihan nya, walaupun aku suke kelisa lagi waktu itu, tp sbb ayah kata, amik la keta yg besar sket..so, aku turut kan aje.
Sejak aku amik lesen P, aku mmg tak pegang kereta langsung dah..hingga lah suatu masa tu, aku terpaksa beli kereta, auto pulak saje yg aku konfiden, mmg x berani lah nk bwk manual dah sbb lama sgt tgl..lupa ilmu keta manual..hahaha. Terkial2 jugak lah aku bwk darling aku tu..Masa tu, pegi keja guna highway pasir gudang..seyes aku takot dgn kebagakkan lori trellar dan seangkatan dgn nya..tapi terpaksa, sbb mana ada BF nk tlg bwk kan keta ke, nk hntr g keja ka..haha.. Byk jasa dia pada aku..ngee :)
Dgn darling tu jugak lah aku ulang alik JB-Taiping..gagah sungguh dia, tak berani nak duduk sgt lane kanan, maklum lah cc keta kita ciput je..semput dia klw aku paksa 130km/j..hahaha, walaupun kadang2 aku paksa jgk dia rempit..
Oh ya! Aku pernah sekali accident dgn darling lama aku tu, al-kisah nya keluar simpang 3 tak tgk berkali-kali-kali then, kereta dr arah kiri..DANG!! langgar aku.. Melayang RM400 aku.
Dgn darling tu jugak lah..aku byk kali menangis dalam kereta kerana dikecewakan..
Hari aku keguguran tu pun, aku masih drive blk Taiping utk berpantang, huhu, siap kena marah dgn ayah kenapa tak tgu ayah dtg amik aku kat Penang.. Maklum lah, dah PJJ ni, suami jauh, semua nya aku terpaksa redah sendiri..
Dgn darling tu jugak lah, aku mula berkenalan dgn bakal ayah kepada bayi dlm kandungn ku ini, hihi, bak kata asben, itu kereta pengikat kasih kita..hihi..Byk aktiviti bersama nya; pergi dating lah, pergi blk Taiping utk kenalkan dgn ayah dan mama, pergi bertunang lah, even, aku terlambat nk pergi bernikah pun, still naik darling aku ni..hihi..gigih!
Tadi, asben pesan, suruh amik byk2 gambar..sbg kenang-kenangan..huhuuu..
Nota: Aku hanya luahkan apa yg aku rasa ketika ini..sorry to readers :)
Tuesday, January 24, 2012
6 bulan dah

Salam to all.Saya pergi scan gender pagi tadi.
Alhamdulillah, semoga semua nya berjalan dgn lancar dan bayi sihat sempurna.
Suami sgt excited :) Buat scan di klinik penawar area Permatang Pauh. Ada dewan bersalin muslimah lagi. Hihi. Tapi aku plan nak bersalin di Perak kot, sbb aku duduk sorg je kt Penang ni, so saat2 dh krtitikal tu, mmg kena cuti awal dan berehat di rumah mama aku dah..
Diri ku? Makin tembun..lebor..byk bj kurung dah x boleh pakai g kerja, kena start pakai uniform ibu2 dah ni..hoho.. Seyes selekeh sungguh aku dlm gmbr ni, secalit bedak pun x boleh pakai, adoi laaa...
Nota: Lepas scan, nurse tu bg set 'seperti di atas'. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
