Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 31, 2012

sentimental



Assalamualaikum.
Hari ni, saya sudah dapat 'kuda' baru saya, syukur, sangat happy. Alhamdulillah.
Mmg aim aku nak 'angkat', sbb dah nak dapat anak dan nak blk Perak/Melaka senang, itu yg aku tukar baru tu..

Tapi, tadi...seyes aku sayu...

Sbb, parking bertingkat kat aprmnt aku duduk ni, ada satu tempat je, so, darling lama aku kena parking di luar sahaja..sementara tunggu masa bertukar hak milik..huhu...rasa kesian pulak dah. Tambahan pulak, hujan cuaca petang ni..adoi...syahduu..sob..sob..

(menaip blog sambil dgr mp3 Anuar Zain-Perpisahan)

Mana tak nya, sejak tahun 2006 aku bersama nya, of cos la byk sgt memori terindah, terluka, terhangit, terbengang dan ternangis dalam darling aku tu..huuu..

Ingat lagi masa memula decide nak beli kereta pertama ku..ececeh..dah mcm konsep 'Rumah Pertamaku' lah pulaks..haha..
Ayah aku beriya suruh aku amik Gen-2, masa tu model proton yg tu agak hot la jugak, kereta mampu milik..hihi. Tapi aku ada planning sesuatu, maksud aku, aku plan, aku tak kan kerja lama dlm field engineering tu lama, sbb aku nak kembali ke cita2 asal aku, jadi tenaga pendidik..so bila consider pasal menyambung pengajian, mesti lah full-time, dan harus lah tiada income tetap, itu yang tak berani komit dgn kereta yg per month nya more than RM500..so, kenari lah pilihan nya, walaupun aku suke kelisa lagi waktu itu, tp sbb ayah kata, amik la keta yg besar sket..so, aku turut kan aje.

Sejak aku amik lesen P, aku mmg tak pegang kereta langsung dah..hingga lah suatu masa tu, aku terpaksa beli kereta, auto pulak saje yg aku konfiden, mmg x berani lah nk bwk manual dah sbb lama sgt tgl..lupa ilmu keta manual..hahaha. Terkial2 jugak lah aku bwk darling aku tu..Masa tu, pegi keja guna highway pasir gudang..seyes aku takot dgn kebagakkan lori trellar dan seangkatan dgn nya..tapi terpaksa, sbb mana ada BF nk tlg bwk kan keta ke, nk hntr g keja ka..haha.. Byk jasa dia pada aku..ngee :)
Dgn darling tu jugak lah aku ulang alik JB-Taiping..gagah sungguh dia, tak berani nak duduk sgt lane kanan, maklum lah cc keta kita ciput je..semput dia klw aku paksa 130km/j..hahaha, walaupun kadang2 aku paksa jgk dia rempit..
Oh ya! Aku pernah sekali accident dgn darling lama aku tu, al-kisah nya keluar simpang 3 tak tgk berkali-kali-kali then, kereta dr arah kiri..DANG!! langgar aku.. Melayang RM400 aku.

Dgn darling tu jugak lah..aku byk kali menangis dalam kereta kerana dikecewakan..

Hari aku keguguran tu pun, aku masih drive blk Taiping utk berpantang, huhu, siap kena marah dgn ayah kenapa tak tgu ayah dtg amik aku kat Penang.. Maklum lah, dah PJJ ni, suami jauh, semua nya aku terpaksa redah sendiri..

Dgn darling tu jugak lah, aku mula berkenalan dgn bakal ayah kepada bayi dlm kandungn ku ini, hihi, bak kata asben, itu kereta pengikat kasih kita..hihi..Byk aktiviti bersama nya; pergi dating lah, pergi blk Taiping utk kenalkan dgn ayah dan mama, pergi bertunang lah, even, aku terlambat nk pergi bernikah pun, still naik darling aku ni..hihi..gigih!

Tadi, asben pesan, suruh amik byk2 gambar..sbg kenang-kenangan..huhuuu..

Nota: Aku hanya luahkan apa yg aku rasa ketika ini..sorry to readers :)






1 comment:

  1. ha ape lagi mana second darling nye..nak tengok juga hehe..

    ReplyDelete