Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 23, 2012

Hospital Taiping

-sebelum : masih tersengeh2 ya-

Salam, 
Syukur kepada ALLAH swt kerana saya sudah selamat melahirkan MUHAMMAD NUH BIN YUNUS. Pada 15 Mei 2012 jam 9:41am dgn berat 3.0kg dan normal. Syukur sgt2.




Tuesday, April 10, 2012

kira-kira


Salam,
Saya sudah masuk ke era setiap minggu check-up klinik. Hoho. Time flies...
Saya masih di Penang, belum mula bercuti dan stay di Taiping, untuk menunggu hari-nya.
Saya masih seorg diri lagi di Penang ni, semoga baby masih boleh menunggu sehingga ibu mu ini blk ke rumah atok dan opah ye, klw tidak ibu akan jd panic..doa..doa..doa.. (sbb sorang2 je kt Penang ni, suami keja KL). Ibu tahu kamu anak yang mendengar kata kan? :) Amiiinn!

Saya plan nk letak gmbr saya yg terbaru hari ni. (Al-maklum, br beli camera baru, purposely nk amik gmbor anakanda tercayang yg bakal lahir le ni) Tapi udah tertgl cable nye dlm kotak. Beli camera murah2 saja, DSLR tu kompom la x mampu. haha. janji boleh snap gmbr. :) Saya semakin membulat. Sampai kan ada opis-mate tegur, nmpk muka aku je, mesti tgh ngunyah..hahah..haru! Set bersalin saya juga sudah sampai. Order online.

Semester sedang bercuti. Juga opis sedang 'di langgar garuda'. kenapa? sbb semua org duk pakat packing brg tgu mover dtg, angkut brg2. Pindah bngunan baru. Opis baru! :) Ok lah, excited jgk lah, sbb aku abis cuti pantang nanti, aku akan ada work place yg baru. Dgn status baru, ibu :) Ngee..juge kena ngajar subjek baru. Reaction of chemical engineering. Cume yg x best nya, sem depan rumet aku xde setahun. Industrial attachment di Kulim.

Monday, February 13, 2012

update

Salam.
Alahan? masih?
Ada lagi jugak laa, cume tak seteruk dulu2, awal2 pregnancy dulu, teruk tahap hape je aku rasa dulu tu.Currently...

1.Masih tak boleh telan air liur sendiri, especially tgh solat dan baca Quran, hadoih..klw dah start angkat takbir tu, bermula lah kemam air liur sampai beri salam. Bukan aku x cuba telan, end-up hingga rakaat kedua sahaja, dan aku muntah..huwahuwahuwa..Tak kan aku nk kulum gula2 tgh bersolat? Hihi. Time baca Quran tu, aku makan la gula2. Hehe.

2.Pepagi, akan ada satu round muntah kuning tu..huhu. Letih. Bukan aku tak cuba mkn biskut pagi2, sudah...penyudah nya, dgn biskut2 tu keluar balik..blueekkkk!

3.Aku mesti kena mkn dgn sgt kerap, errmm...itu normal kan pada ibu2 ngandung. Hihi. Cume yg aku tak tahan nya, klw la aku terlupa/ralit utk mkn something area pukul 3ptg, sat g pukul 4 lebih hingga pukul 5ptg, aku akan pedih dada, hingga akan 'blueekk' lah semua mknan yg telah dimakan lunch tadi. Huwaaa..penat je makan. Bukan itu shj, skrg ni, klw muntah, mesti je tahap keluar darah sama..adoih..pedih dada aku..huhuhu...

4.Suka minum limau ais, suka minum ais jugak!! Padahal, masa sblm pregnant dulu, dlm peti ais umah aku ni, susah betul nk cr air sejuk.. Laa ni, air sirap ais mesti ada dlm peti sejuk.

Sekian. :)

Tuesday, January 31, 2012

sentimental



Assalamualaikum.
Hari ni, saya sudah dapat 'kuda' baru saya, syukur, sangat happy. Alhamdulillah.
Mmg aim aku nak 'angkat', sbb dah nak dapat anak dan nak blk Perak/Melaka senang, itu yg aku tukar baru tu..

Tapi, tadi...seyes aku sayu...

Sbb, parking bertingkat kat aprmnt aku duduk ni, ada satu tempat je, so, darling lama aku kena parking di luar sahaja..sementara tunggu masa bertukar hak milik..huhu...rasa kesian pulak dah. Tambahan pulak, hujan cuaca petang ni..adoi...syahduu..sob..sob..

(menaip blog sambil dgr mp3 Anuar Zain-Perpisahan)

Mana tak nya, sejak tahun 2006 aku bersama nya, of cos la byk sgt memori terindah, terluka, terhangit, terbengang dan ternangis dalam darling aku tu..huuu..

Ingat lagi masa memula decide nak beli kereta pertama ku..ececeh..dah mcm konsep 'Rumah Pertamaku' lah pulaks..haha..
Ayah aku beriya suruh aku amik Gen-2, masa tu model proton yg tu agak hot la jugak, kereta mampu milik..hihi. Tapi aku ada planning sesuatu, maksud aku, aku plan, aku tak kan kerja lama dlm field engineering tu lama, sbb aku nak kembali ke cita2 asal aku, jadi tenaga pendidik..so bila consider pasal menyambung pengajian, mesti lah full-time, dan harus lah tiada income tetap, itu yang tak berani komit dgn kereta yg per month nya more than RM500..so, kenari lah pilihan nya, walaupun aku suke kelisa lagi waktu itu, tp sbb ayah kata, amik la keta yg besar sket..so, aku turut kan aje.

Sejak aku amik lesen P, aku mmg tak pegang kereta langsung dah..hingga lah suatu masa tu, aku terpaksa beli kereta, auto pulak saje yg aku konfiden, mmg x berani lah nk bwk manual dah sbb lama sgt tgl..lupa ilmu keta manual..hahaha. Terkial2 jugak lah aku bwk darling aku tu..Masa tu, pegi keja guna highway pasir gudang..seyes aku takot dgn kebagakkan lori trellar dan seangkatan dgn nya..tapi terpaksa, sbb mana ada BF nk tlg bwk kan keta ke, nk hntr g keja ka..haha.. Byk jasa dia pada aku..ngee :)
Dgn darling tu jugak lah aku ulang alik JB-Taiping..gagah sungguh dia, tak berani nak duduk sgt lane kanan, maklum lah cc keta kita ciput je..semput dia klw aku paksa 130km/j..hahaha, walaupun kadang2 aku paksa jgk dia rempit..
Oh ya! Aku pernah sekali accident dgn darling lama aku tu, al-kisah nya keluar simpang 3 tak tgk berkali-kali-kali then, kereta dr arah kiri..DANG!! langgar aku.. Melayang RM400 aku.

Dgn darling tu jugak lah..aku byk kali menangis dalam kereta kerana dikecewakan..

Hari aku keguguran tu pun, aku masih drive blk Taiping utk berpantang, huhu, siap kena marah dgn ayah kenapa tak tgu ayah dtg amik aku kat Penang.. Maklum lah, dah PJJ ni, suami jauh, semua nya aku terpaksa redah sendiri..

Dgn darling tu jugak lah, aku mula berkenalan dgn bakal ayah kepada bayi dlm kandungn ku ini, hihi, bak kata asben, itu kereta pengikat kasih kita..hihi..Byk aktiviti bersama nya; pergi dating lah, pergi blk Taiping utk kenalkan dgn ayah dan mama, pergi bertunang lah, even, aku terlambat nk pergi bernikah pun, still naik darling aku ni..hihi..gigih!

Tadi, asben pesan, suruh amik byk2 gambar..sbg kenang-kenangan..huhuuu..

Nota: Aku hanya luahkan apa yg aku rasa ketika ini..sorry to readers :)






Tuesday, January 24, 2012

6 bulan dah


Salam to all.
Saya pergi scan gender pagi tadi.
Alhamdulillah, semoga semua nya berjalan dgn lancar dan bayi sihat sempurna.
Suami sgt excited :) Buat scan di klinik penawar area Permatang Pauh. Ada dewan bersalin muslimah lagi. Hihi. Tapi aku plan nak bersalin di Perak kot, sbb aku duduk sorg je kt Penang ni, so saat2 dh krtitikal tu, mmg kena cuti awal dan berehat di rumah mama aku dah..
Diri ku? Makin tembun..lebor..byk bj kurung dah x boleh pakai g kerja, kena start pakai uniform ibu2 dah ni..hoho.. Seyes selekeh sungguh aku dlm gmbr ni, secalit bedak pun x boleh pakai, adoi laaa...

Nota: Lepas scan, nurse tu bg set 'seperti di atas'. :)

Wednesday, January 11, 2012

ini pun nk cerita ka?

Salam.
Saya sudah boleh kembali memasak..yeay!!! (walaupun pun masih tekup2 hidung dgn kain..haha) Huhu..kesan daripada mabok tahap dewa tu lah, aku tak masuk dapur sejak Raya Puasa ari tu. Bau menumis tu sgt busuk pada aku hingga mengundang loya dan akhir nya muntah, end-up baring2 aje lah atas katil..seyes manja aku rasa..hoho.

Giler teruk dapur aku.. Byk brg dah expired tanpa sedar, seperti mayonis, sos tiram, etc. Dan ada jugak dh beku masuk angin seperti serbuk kunyit dan serbuk ikan bilis, haha. Juga, halia dah tumbuh pokok..hahaha. Peti sejuk tu, harus lah 'berkarat' sebab lama dh tak housekeeping..hoho.

Dan paling kesian, kesian pada suami lah, balik seminggu sekali, kena makan kedai jugak. Huhu..maaf kan diri ku yg lemah ini.. :)

Cuma nya, masa mertua nak dtg time New year ari tu, hubby lah bertungkus-lumuih, kemas dan cuci ape2 yg patut..huhu, then bila mama dia nak masak, mmg kena beli brg mcm baru masuk rumah..haha.. Gula pun aku x sedar dh habis..hoho. Teruk..teruk..!

Sejak semakin OK ni, (OK sgt ke? td sblm lunch muntah jgk sekali..huhu) aku dh mula jemu makan kedai, especially makan kedai tomyam. Hoho. So aku dh mula berjinak2 masak ikut selera aku, even sayur tumis air dgn telur pun, dh sedap mkn dgn nasi dan kicap serta ikan bilis grg. Hehe.

Thursday, January 5, 2012

tahun yang baru lagi!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Salam, lama sgt dah bersawang blog ini. Kena housekeeping nih! :)

First of all, Selamat Tahun Baru 2012.


Byk sangat perkara yg nak diupdate dlm blog setelah sekian lama nya (sejak raya puasa ari tu) aku berhirbenasi huhu. Bukan nak tutup terus blog ni, cume kesihatan tdk mengizinkan. Tak jenguk langsung blog, even facebook pun malas nk update apa2..xde mood langsung!! hadoih..Sebab apa? Sebab melayan mabok mengandung ni. Huuuu... (
Lagi pun, famili semua pesan, jgn reveal lagi, sehingga kandungan cecah 5++months, maklum lah ada kisah silam) Alhamdulillah, rezeki kami, lepas balik bercuti raya puasa..rupa2nya, saya sedang, 5 minggu pregnant. Syukur yang tidak terhingga. (no wonder lah saya mengalami symptom2 seperti cepat letih dan asik nak lena je..hihi..segan dgn mak mertua, kerja tido je raya ari tu..huhu)

Genap je 6 minggu kandungan, bermula lah episode yg tidak akan daku lupakan. Huhu. Alahan yg aku rasa tahap super lah! Bermula dgn tiada selera makan. Byk sangat yg tak boleh nya.. Tak boleh hidu wangi-wangian. Terus jadi loya semacam, plastik sentiasa standby.. Nak basuh baju pun x boleh bau sabun Dynamo (asik hantar dobi, hingga budak kedai tu cam aku..hahaha), nak basuh pinggan pun nk muntah sbb bau Sunlight, mandi pun aku dh kena pakai bar soap yg bau nya ala kadar je.. Rumah mcm tongkang pecah jewrr..tak larat nk vacuum. Aku mmg natural sungguh pegi keja, sbb langsung x boleh berbedak muka sbb muka naik ruam/jerawat..huhu..pedih.. Apasal lah naik di muka??? Buruk!!..huhu. Minyak wangi pun x pakai dah. Even deodorant pun pakai brand Simple je, odorless you!!.. hoho. Tak boleh pakai contact lens jugak. Yang lagi kesian, bau suami pun x boleh..huwaaa... (Kesian lah encik yunus, balik seminggu sekali pun x boleh nak peluk isteri.. hoho..) Aku siap sorok kan minyak wangi dia..haha.. Cuma bab gel rambut dia tu, aku terpaksa tahan lah sket klw dia pakai, x kan nk biar hubby jd selekeh pulak.. Sian pulak kat suami asik pakai cap setiap masa..klw kami keluar bersama. Aku juga x boleh drive jauh2, hanya mampu drive pergi keja dan balik kerja sahaja, syukur lah kampus belakang rumah sahaja. Aku pernah jugak cuba drive dari Taiping ke Penang je pun, tapi tetiba turun darah..huhuhu...takot nye!!...masa tu kandungan baru 10weeks. huhu.. Udah lah ada 'kes' dulu2. So, mmg nekad lah nak jaga betul2. Bab muntah tu, mmg ada dan sgt sedih, mana tak nya, nak makan xde selera, dah tu ada gastrik, pedih la perut. End up, muntah sampai luka2 salur tekak aku ni, muntah darah wooo.. Sian husband aku, muka dia cuak tgk aku muntah darah.. Hmm.. cabaran sungguh aku rasa. One more thing, aku juga rasa sgt syukur, masa kritikal tu, semester baru belum bermula, student duk cuti lagi, klw tdk jenuh jugak la nk ngajar sambil pegang plastik, tu belum masuk bau student yg macam2 tuh..hoho. Haru!! Aku manusia biasa, sentiasa pujuk hati..jgn nangis..jgn sedih sgt...x baik utk anak. Aku mesti kuat dan tabah..sbb aku hambaNya, selayaknya aku diuji.

“Rupa-rupanya Allah mahu saya jatuh lebih lagi. Tidak cukup terduduk, perlu tersembam. Bukan mudah mahu menyedarkan diri bahawa engkau hanya Hamba Allah!”

Dan sgt syukur lah semua hampir telah berlalu..cume nak share dlm blog je, terpulang lah penerimaan org lain. (Maybe pada aku dah tahap super alahan, tapi ada org lain lebih super-super alahan...Tak heboh pun dlm blog..hahaha...)

Now? Mungkin bukan 100% recover, sbb pepagi mmg ada satu round muntah.. Kekadang aku rasa pedih dada jugak, walau pun dah mkn on time. Loya pun ada sikit2 lagi, kekadang tu nak telan air liur pun x boleh. Muka masih berjerawat tahap hape je..huhu..

Doa kami, semoga semua nya berjalan dgn lancar dan baik2 sahaja.. Aminn!

Nota: Balik kg, semua duk sakat, gaya teruk mak nya ni mcm nak dpt baby girl je...hahaha. Entahlah, tak scan lagi pun..hehe.