Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 30, 2011

hobi baru saya

winter sonata versi komic..suke! suke! suke! :)




Tuesday, September 20, 2011

study week + final exam

Salam,
Lepas je cuti raya, satu minggu kuliah dan terus mula study week, then final exam.
Hohoho. Sedikit sebok, ngejor nak siap kan ape yg patut sblm depa exam.
Marking bla, bla, bla, etc..
Busy-busy-busy....

p/s: Eleh! Org lain pun ngajor jugak, ada je masa update blog, aku ni je haa yg x pandai manage masa, hahahaha....

Monday, September 5, 2011

syawal 1432H




Salam to all.
Salam lebaran kepada semua bloggers.
Sedar tak sedar, cuti raya pun dah habis. Hubby pun dh blk KL tadi.
Back to normal routine..huhu..hihi..hehe..

Overall, raya OK-OK saja. Syukur.
Aku kagum dgn diri sendiri kerana hati kering la konon, kerana tidak menangis di hari raya atau malam raya kerana [terpaksa-rela] beraya di rumah mertua.haha. 1st time tuuu
(mmg la tak nangis sbb nya, sebelum blk ke Melaka tu, aku sudah nangis bagai nk gila..hahaha)
Ahad lagi kami berdua, dah pun gerak blk ke Jasin, Melaka. Tapi sebelum tu kami, singgah ziarah kubur arwah mak aku di Tapah Road.

Isnin tu mood preparation laa.. ketupat anyam..seyes weih, aku x tau dan tak minat nk belajar anyam..ketupat mulut aku teraa laa..hahahaha... Abg ipar aku dan adik2 ipar aku (semua lelaki hokay!), seyees juara menganyam tu...aku? tukang isi beras aje laa..sebut je, ketupat bawang, ketupat satay, ketupat jantung, semua depa tau..siap anyam..sambil mata tgk bola kt tv...haru2...
Selasa tu, beraya sekitar rumah mertua, ziarah kubur dan etc. Rabu pulak rombongan cik kiah, eh silap, nama MIL aku Gayah, hihi, rombongan cik Gayah ke Tongkang Pecahm rumah adik2 dia, kami join aje.. Khamis tu, aku follow hubby g rumah kawan dia pulak beraya, then jumaat baru kami balik Perak semula..

Alhamdulillah.

Back to work..next two weeks dah nk mula final exam, end of semester dah..


Friday, August 26, 2011

Undian sudah dibuat

Salam to all,
Kenapa saya gementar nak beraya rumah mertua?
Pengalaman pertama agak nya..
Jujur..saya hingga tiada semangat nak raya tahun ini...
Kenapa asik x berapa semangat nk raya ni???!!!

Kronologi:
2008 - sudah berenti kerja, tiada gaji, full-time student Master
2009 - tak semangat juga, sbb masih berstatus student Master
2010 - debaran nak jd pengantin, so berjimat tahap dewa
2011 - gementar Raya 1st di rumah mertua

Mcm2 perasaan ada...adoi laaa.

Optimis...!! =)




Sunday, August 14, 2011

sahur McD

Salam Ramadhan 1432H to all.
Saya sudah kembali berpuasa. :) yeay!! (err...itu pun nk cerita kt blog ke?? hhahaah)
Ni gambar bersahur di McDonald. SUke3x. Escape memasak utk sahur.
Hihi, klw hubby ada blk Penang je pun, aku masak. Klw tgl aku sorang2, jwb nya sahur dgn hot milk sambil layan Astro Citra 131. Hihi :) Tak rajinn. Xde driving force la konon nk ke dapur..keh3x.

Jom nak share.. :)

Hmm...cerita pasal bulan yg penuh dgn keberkatan ni..
Rasulullah saw membahagikan Ramadhan itu kepada tiga fasa. Fasa pertama adalah rahmat, fasa kedua pula keampunan dan fasa terakhir adalah perlepasan dari api neraka. Secara mudahnya 10 hari pertama adalah untuk rahmat, 10 hari kedua untuk keampunan dan 10 hari ketiga adalah jaminan pelepasan dari api neraka.

Hari ni dah hari ke berapa???

Tiga fasa yang disebutkan tadi, walaupun mudah dan senang saja bunyinya, namun untuk melepasinya dengan cemerlang, agak sukar kecuali bagi orang yang punya keazaman yang kuat dan istiqamah yang tinggi. Untuk itu, meh le sama2 kita mintak bantuan dari Allah swt, kerana tanpa bantuan dariNya, mustahil untuk kita mencapai target kejayaan Ramadhan kali ini. Aminn!

Aku ada dgr kt TV, caller tanye Ustaz, apa yg dimaksud kan dgn menghidupkan malam2 di bulan Ramadhan, adakah HANYA dgn bagun bersolat di sepertiga malam sahaja..
(al-maklum aje lah, klw udah kepenatan di siang hari bekerja, weekdays, so x berapa gagah jugak lah nk bgn pukul 3pagi tu..huhu)
Ustaz tu bg jwpn, tak semestinya... dgn bersolat tarawikh juga; kerana solat tarawih termasuk qiyamul lail atau solat malam. Akan tetapi, solat tarawih dikhususkan di bulan Ramadhan. Jadi, solat tarawih adalah solat malam yang dilakukan di bulan Ramadhan.

Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik bagi kita semua.
Insya-Allah.Wallahua'lam.




Thursday, August 4, 2011

ABC


Kebaikan bersangka Baik kepada Allah swt;
1. Keimanan dan keyakinan kepada Allah swt semakin kuat dan tinggi.
2. Hidup seseorang sentiasa berada dalam lingkungan tawakkal kepada Allah swt.
3. Hati sentiasa tenang kerana merasa apa yang berlaku ke atas diri adalah ketentuan Allah swt dan mengandungi hikmah serta kebaikan tersendiri.
4. Tidak mudah putus asa apabila menghadapi sesuatu kegagalan.
5. Mendapat keredhaan Allah swt.
6. Terhindari dari sifat-sifat mazmumah seperti pemarah, sombong dan putus asa, menyalahkan orang lain dan lain-lain.

Sudah hari Khamis hari ni...esok Jumaat (yeay! Suami blk Penang).
Tapi overall...x produktif langsung la..nak g keja pun malas...Isnin selasa aku cuti, semalam Rabu kelas pack giler and today aku sudah ABC (Allah Bagi Cuti)...huhu..moody semacam je...

Tolong!!! Aku mahu ceria............

Tuesday, August 2, 2011

1 Ramadhan 1432H

Apsal muka aku 'penuh'..huhuuu


Teman Adik amik lesen L dia..aku dulu pun amik lesen/test kt sini


Salam to all.
Maaf lah, br nk update. Ini kesah semalam dan seminggu yang lepas :)

Mata kanan aku asik merah2..sejak dua minggu lepas lg, cuma hari Rabu lepas plg kritikal kemarahan nya. Jumpa optometrist, dia suh aku stop kejap pakai contact lensa..adoiyyaaaiii.. kena buat spec baru la pulak..sbb spec yg pakai di rumah ni, udah senget benget bagai..
And sekarang, kembali bercermin mata full-time =)
Br je berangan nk pakai contact lense yg 'mata besar'...glamor giteww...huhuhu

Aku tgh layan baca buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, by Muhd Kamil Ibrahim. Pada org lain mungkin buku ini dah 'basi'..hahahaa...sebab buku kat aku ini udah cetakan yang ke-7 woo.. Tapi aku tak kesah lah, sbb aku nak adsorb isi, info dan pengajaran dr buku tersebut. Best! Sgt! Pada aku, isu utama aku nak amik pengajaran dr buku tu ialah, betapa ALLAH MAHA MENDENGAR...apa sahaj rintihan hambaNYA yg penuh penghayatan, sedu-sedan...berdoa lah sepenuh hati, insyaALLAH akan dimakbulkan..(dlm pada masa yg sama mencari kekuatan lebih gigih menyimpan Tabung Haji)

Seyes...mengalir air mata membaca buku ini...tersentuh..

Aku blk berpuasa di Taiping utk 1st day of Ramadhan. Suami? Masih kerja di KL. Jumpa hari minggu ini, insyaALLAH.

Masih berdoa dan mengharap cepat lah Fasa PJJ ni berakhir...huhuuu..

Doa..doa..doa.. :)