Daisypath Anniversary tickers

Sunday, July 17, 2011

setengah


Student diploma sudah mula bercuti, mid-semester break. Suami aku nk blk ke KL semula, Ahad petang pun, xde pilihan bas sgt. Tiket ke KL hanya ada cap2 bas tertentu sahaja.
Last week setel kan vetting soalan final exam, hehe, merasa jugak lah aku buat soalan final exam diploma bagi paper Hydrocarbon Chemistry yg aku ngajar ni. Best2, dpt ilmu dan pglman baru mcm mana sessi vetting ni berlangsung. Lecturer dari caw lain dan main campus shah alam pun turun Penang. So, apa yg aku boleh simpulkan, set kod kursus yg aku buat tu, tiada major correction, hanya minor correction, supaya dpt hasilkan set soalan final exam yg berkualiti. Level nya tak susah dan tak la senang benor. Esok br mula nk buat semua kerja2 documentation. Kuliah berhenti berehat utk seminggu sbb student diploma cuti mid-term..(yeay!!!)

This coming weekdays, aku plan nk setel kan guide student final year projek, supaya deme siap kan experimental work deme. Sbb ini sahaja masa yg ada, klw minggu kuliah tu, 'masak' jugak lah aku nk curi masa turun padang buat research tajuk aku nih..huhu..padat weih..tak dann. Klw boleh aku nak characterize sample tersebut....harap nye gitu lah. Student pun dah diberitahu agenda this weekdays. Last week jugak, dah discuss dgn Encik Azahar, hopefully, boleh berjalan lah.. Lg dua minggu pulak udah nak masuk fasa Ramadhan...cepat je masa berlari :) Kang aku takot progress research pun slow...

Aku plan nak turun KL hari Khamis ini. Malam nya, Chelsea vs Malaysia. Teman suami saya tgk bola. (betui ke aku larat ni??) Esoknya, jumaat ptg blk ke Melaka rumah MIL. Kali ni, take turn as 'weekend husband and wife' ni, aku drive seniri ke KL. Sbb klw minggu kuliah, aku mintak excuse tanak ke KL tu, so disebabkan ini minggu budak cuti, aku kenalah amik giliran ke sana, jumpa dia. Sampai bila rutin aku begini? Entah lah... Ermm..aku sedang usaha lah ni... :P Kawan2 yg baca blog ni tolong doakan ye :)
Bising member aku bila dpt tahu, masa aku keguguran ari tu, aku seorg diri..huhu..."Kalau ko tumpah darah, sorang2 mcm tu, boleh mati tau tak???"


Sunday, July 10, 2011

setahun...berlalu...lalala =)


Salam to all.
Jumaat lepas 8 Julai 2011, genap setahun aku berkhidmat di UiTM Pulau Pinang ini. Masih segar di ingatan, saat2 terakhir aku 'gudbyetata' to JOHOR, setelah 10tahun berkelana, hadoih..ayat puitis gituu...kui kui kui.
Setakat yg aku dh 'lalui' di pulau pinang ini, aku sgt hepi dgn kerja aku as pensyarah (still rasa segan nk guna title itu). Syukur sgt.

Sadly...huwaaaa....kaki aku terseliuh la pulak, di hari jumaat tersebut. Al-kesah nya...Berjalan sambil reply msg dr lectr Dungun, pasal answer scheme, then x perasan anak tangga terakhir, terus "dusshhhh!!!!".. Terus terduduk..huhu..(mujur belom ada 'isi' lagi) Syukur lah kaki kiri yg terpele-ot, then, masih boleh memandu. Punah harapan nk bersukaria, kekonon nk celebrate la..huhu. Nak merayap ke Gurney Plaza.. Tapi aku dpt jugak lah mkn kek di atas, sgt super yummy...Alhamdulillah. Asben belikan..hihi.

Anyway, Kaki kiri aku dh semakin pulih. Boleh berjalan normal, walaupun bukan 100% recover. Thx to kak Hawa, bg no fon Makcik Pora. Thx to Maz, bg guideline jalan ke rumah mkcik urut tu. Thx jgk to Linda, hihi, i guna 'nama' u, sbb makcik itu, ibu mertua adik mu, yg juga, nama sama mcm aku, Shikin. Hehehe.

Apa-apa sahaja yg kita lalui, samada sedih atau gembira, kita mesti tempuhi nya dgn optimis bukan optimus prime..hohoho... Jangan buruk sangka dgn takdir ALLAH s.w.t. InsyaAllah, hati tak stresssssss.... =)



Tuesday, July 5, 2011

T.E.S.T

sekadar gambar hiasan

"..sia-sia rasanya perjalanan hidup jika setiap detik tidak pernah kita hargai dan syukuri & siksanya perjalanan hidup jika setiap ujian yang menerpa kita hadapi dengan kemarahan dan wajah yang muram.."

Wahai hati NORASHIKIN, bersyukur dan bersabarlah dgn ujian Allah, kita hambaNYA, selayaknya lah kita diuji.

=)


Sunday, July 3, 2011

di rumah saja lah

Salam.
Hahaha, ni hobi baru suami saya ye. Seharian semalam mencari PS3 ini sekitar Penang ni. Bermula dr Pacific Megamall, beralih ke Sunway Carnival, then ke Jusco Sbrg Perai City (ini sebab layan transformers dark of the moon TIGA-DIMENSI) hihi.. Lepas habis survey, x jumpe jgk yg "memenuhi kriteria", suami saya nekad ke Pulau la pulak, ke Kompleks Bukuit Jambul..hihi.. Dan Alhamdulillah, jumpe!!! Dan terus bayar CASH..hahaha Smgt!!...klw tidak, mau nye dia nk ke Gurney Plaza pulak, haru... Dah mlm2 ni, dr pagi tadi..agak penat la jugak. tapi tgh LALU ni, layan kan aje..ngee :D

Bukan xde je kat KL yg indah permai tu, entah2, lebih murah dan byk pilihan juga more free gift.. Cume memikirkan nk angkut bwk blk ke Penang tu naik BAS, renyah!! Coz tujuan asal nk main di rumah penang ni, itu yg suami nekad nk beli jgk di sini.

Komen aku selapas menonton transformers dark of the moon tu, OK, best!
Detail sungguh gambar dia..mesin2..besi2 kecik2..hihi..
Tapi, yg plg tak tahan...lama wooo...siap aku boleh terlena lagi, hadoih laa..hahaha





Friday, July 1, 2011

nak kek boleh..

Sudah masuk bulan July laa..hihi.
Tahun depan no more umur 2o-an..hahaha..huhuhu



Sunday, June 19, 2011

penyelaras Final Year Project


18 org pelajar saja





Puan Hawa, topic Guideline nk buat report




salam to all.
Aktiviti weekend ini ialah, aku as penyelaras bg kod kursus CHE364 ini, organize seminar/workshop utk student part 6, final semester diploma. Tajuk nya, "Introduction to Research Methodology and Report Writing". Sabtu dan Ahad. Kali ini, lokasi di Makmal Analisis, bangunan makmal yang baru, Fakulti Kejuruteraan Kimia.
Batch student kali ni sgt lah sedikit, ada 18 org student sahaja. Semester lepas, aku handle dlm 55org student, TAPI, next semester..haha..dlm 75org kot ... :)

maaf, gambar kasut...kurang sopan :P

Suami ku blk ptg Sabtu, (dia sudah kerja di KL, so kekalau rasa nak blk Penang, main terjah pun, selamba je..hihi)..Ahad blk semula ke KL.

Thanks to my opismate yg bekerjasama, sharing knowledge.


Saturday, June 11, 2011

bulan madu lagi...

[from TIOMAN with love]
salam to all,
hihi...br aku tersedar..udah lama giler x update blog, hadoih laaa...
bak kata member aku, "Ko nk tutup terus ke blog tu?"
hamboih...pedas sungguh soalan itu.

Actually, aktiviti aku sepanjang May, byk berjalan2.
Sbb student diploma tgh cuti, so aku amik peluang bercuti juga. Seminggu tuh..sakan.
Dan puas hati. Hihi :D
Lepas aku miscarriage Mac2011, aku bg tau asben, rase mcm nk jalan2 lah..sblm masuk semester baru June2011 ini.
2nd honeymoon boleh? :P

Tambahan pulak, asben dh dpt kerja area KL, Jalan Tun Razak.
For sure lepas2 ini, payah dh nk turun JB, so, peluang cuti yg ada ni, mmg kami berdua kemas brg sunguh2 lah, dan aku pulak, still ada saki baki brg di rumah sewa masa belajar dulu, kt Tman U. (Thanks Anid, bersabar dgn brg2 akk yg semak di rumah mu)

Best wooo pergi TIOMAN.
Puas hati, sgt enjoy. Dpt snorkel melihat keindahan milikNYA.
Air laut yg jernih...best2..
Yang x best, lepas blk dr pulau, mama aku tegur, muka makin gelap.... :(