Friday, December 28, 2012

temanku, kekasihku, Syurgaku..






Peh! Tajuk jiwang sket ye...(nak baca, baca lah..sila jgn muntah! hihihi)

Assalamualaikum semua pembaca setia blog saya (eheh! perasan leteww ada peminat! haha). Baru berkesempatan nk cerita pasal anniversary celebration kami berdua suami isteri. Tak de apa yg spesel pun, tp besa la kan, bg saya semua nya special dan harus bersyukur. Ada kesihatan, ada kerja, ada suami, ada anak, ada mak ayah lagi, ada mcm2 lah nikmat yg tidak terhitung oleh diri ku yg lemah ini. Huu!
Kitorg decided to have lunch-date (ahaks!, ada si kecik tu bersama, x sampai hati nk tinggal kan kt opah atuk, angkut jugak ke sini) kat hotel Equatorial di Penang, area bukit jambul. Sedap? OK-OK je :) Aku mmg sgt suka mkn dessert dia yg comil2 dan manis2 iteww.. hahaha. Lepas lunch, kami terus balik ke Seberang Jaya, xde ke mana2 pun dlm island tu, sbb nk sambung misi mencari car seat baru yg lebih comfort utk si comil ibu ayah ni. Hihi. Jumpa la. Tak mahal pun, RM450 jew, org lain lagi sakan mmbeli sampai ribu2..aku mampu yg itu je. :) jadi la ye Nak!, bersyukur, ahaha, bonus ibu kamu ni idak le byk mane pun.

Sedar tak sedar dah dua tahun PJJ dan sudah dua tahun aku berkahwin. Yang aku perasan, mmg kami sama2 tak sempurna, tak cantek dan tak hensem pun, gemuk pulak tu sejak lepas khwin, tapi we complete each other, itu aku pasti. Contohnya, suami ku mmg akan selalu jd problem solver, walaupun kekadang aku tak mintak pun tolong cr penyelesaian, aku nak suh dia dgr je aku bok-bek-bok-bek ni..hahaha, luahan perasaan la konon. Tapi dah itu fitrah lelaki, x suke dgr bebelan dan rungutan, lebih suka cari jalan penyelesaian supaya no more complain, hahaha. Buku "Men from Mars, Women from Venus" pun baca tak habis lagi, aku mmg suka bc "manual" mcm ni, (ye aku ngakui..Al-Quran adalah MANUAL yg terbaik!!!). Kajian omputih ni best jugak kadang2 utk jd kan pengajaran. Dgn dia (suami), aku belajar mnjadi sentiasa bersyukur, hihi, aku ni sejak duduk sini, dah xde sgt 'pengisian' mcm usrah etc. Harap kan suami lah share apa dia dpt masa dia ke masjid. Terima kasih suami ku, tidak mmbiarkan isterinya leka..

Tak pernah bertengkar? hahaha, tipulah... tetap ada jugak part2 kecik hati tu, sedang kan adik beradik hidup dgn depa dr kecik pun gaduh2 manja gitew..ini kan pulak suami isteri yang umur dh nak masuk 30 br nk hidup bersama. Cuma terpulang lah pada kita mcm mana nk handle marah/stress/kecik hati dlm perhubungan. Benda simple, contoh nya, cara picit ubat gigi, aku picit kot bawah, suami picit kot atas...adoi laaa...!!! janji gigi bergosok :)
Oh, apa yg aku dh melalut ini.

Sekian bebelan utk hari ni, next week student diploma start kuliah blk, laa depa duk mid sem break, tu la ada time melalut ni..huwaahuwaahuwaa... Daaaa!!!

"Dalam sebuah hadis yang sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata, Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan)."





3 comments:

  1. tahniah, dan didoakan semoga hubungan berpanjangan hingga ke syurga:))

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. congrats iken. sekejap je kan. happy anniversary to both of u!!

    ReplyDelete
  3. salam kenal dari deutschland...hehehe...btw selamat ber anniversary. dulu saya penah duduk permatang pasir tau, kami kerja di uitm permatang pauh. penang mmg best tp jauh dengan kampung huhuhu

    ReplyDelete